Tuesday, 23 July 2013

drEamiNg..

nana dreaming??
mengapa harus NANA DREAMING sementara gelaran diberi adalah CHIK! segalanya lebih tersirat dari yang tersurat..
kisah aku : setiap individu itu punya impian dan harapan yang mengerakkan cita-cita samaada ia menjadi nyata atau sebaliknya.. namun impian itu sebahagian dari mimpi kerna impian itu segalanya yang indah ynag ingin kita kecapi semetara dunia realiti tidak mengizinkan ianya terjadi.. namun, adanya mimpi menghangatkan realiti, menjadi manusia lebih berani mencuba sesuatu yang selama ini dianggap mustahil dan tak bakal terjadi..
sama seperti aku, punya mimpi yang berganang sementara realiti tak seindah mimpi..
DREAMING itu kekadang memberi aku lebih keyakinan berdepan dengan kenyataan, kerana tanpa angan2 kita tak akan merasa betapa indahnya sebuah kejayaan dan kemenangan.. TAPI, jangan sesekali mimpi merompak realiti kerna sesekali mimpi mempengaruhi diri tanpa kita sedar kita berada di alam realiti nescaya kita pasti akan tersesat akal waras untuk menerima kegagalan dan ujian kehidupan..
"" realiti tak seindah mimpi namun mimpi tak semuanya indah ""

Wednesday, 3 July 2013

Aku dAn cintA..

berdiam diri bukan bererti kita tewas, bukan pula bermakna kita mengalah namun berdiam diri kekadang lebih bermakna, bereti kita mengambil masa, berfikir sebelum bertindak.. tak semua hal mengambil masa untuk bertindak namun soal cinta, kita harus tidak tersilap..

kisah kita : aku berdiam diri bukan kerana aku pengecut, bukan pula aku cuba lari dari kenyataan namun aku berdiam kerna aku memberi peluang kepada diri sendiri merasakan erti sebenar rindu.. pada siapa rindu ini, pada siapa harapan dan cinta ini, kini aku nyata, cinta itu ada, cinta itu pasti dan cinta itu hanya buat "dia", seseorang yang telah aku dedahkan kenyataan cinta.. 
mungkin kau tidak percaya kerana pengenalan kita masih muda namun pernahkah kau mendengar, cinta pandang pertama? itulah cinta yang sedang bersarang dan senak didada!!! aku takut mengakui cinta, bukan kerana aku lemah tapi aku takut untuk mengenal erti cinta yang seringkali kecundang  pada pengakhirannya.. aku takut! cinta tak harus dimiliki kerana cinta itu menyakiti.. 

masa seiring perubahan manusia

waiting!!!

bEkas kEkasih...



BEKAS kekasih?
situasi yang sama apabila kita menerima tawaran bersahabat dengan bekas kekasih kita.. apa yang kita rasa? suka! hiba! sengsara! atau bahagia!  segalanya terpulang kepada si pengarap cerita..
sebagai bekas kekasih, kita tidak dapat lari dari dibelengu rasa ingin tahu, kita terlalu ghairah untuk mengetahui teman barunya, perkembangan hidupnya dan sebagainya tentang dia meskipun ikatan cinta antara kita dah terlerai sekian lama.. namun, disudut yang lain pula, apabila tiap masa status nya memenuhi ruangan new feed kita, tidak mustahil kita akan tersungkur buat kali kedua.. tersungkur tidak bererti kita dikecewakan dek orang ketiga tetapi tak mustahil, cinta yang lama tertaut kembali.. menyanyangi seseorang yang pernah kita cintai adalah perkara mudah.. keputusan  ada ditangan kita, kita yag harus peka! siapa kita dalam cinta dan mampukah kita dalam menghindari cinta manusia yang sementara!!! melupakan cinta mengambil masa yang lama namun menyinta mampu sekelip mata!!!
***fikir-fikirkan!!!!

maNusia daN ciNta..

cinta kekadang mengelirukan, namun cinta itu pasti! 
tak semua berpeluang merasakan kemanisan cinta kerana adanya insan yang khianat dalam cinta!

"sebuah perasaan yang indah dicalari dengan kecurangan, sebuah perasaan yang indah dibanjiri dengan tangisan, sebuah perasaan yang indah di kotori dengan pengkhianatan"
 namun dimana nilaian cinta buat insan yang tak lagi mengenal erti sebuah cinta?

tak seharusnya si dia disalahkan, kerna mungkin saja kesakitan dan kehampaan yang lama mendorong si dia bertindak mengkhianati cinta.. sejarah meninggalkan kesan, namun hidup harus diteruskan biarpun pengkhianatan demi pengkhianatan yang dilemparkan.. tiada insan yang tak berdosa, kerna kita tak semulia rasulullah.. namun setidaknya sebagai manusia, cinta itu dihargai dan tidak sesekali dikhianati..
tiap manusia itu pasti merasakan cinta, kerana tanpa cinta kemanusiaan manusia tentu hilang bersama., kerana cinta manusia menjadi lebih dewasa dan kerana cinta usia manusia dibazirkan tak semena-mena...

kisah kita : cinta mengelirukan namun pada insan yang pernah merasakan cinta pasti akan berteriak gembira saat mana cinta dibahaskan kerana cinta itu nyata! cinta tak pernah menipu manusia sebaliknya manusia sering berpura-pura cinta!!! 
...hakikatnya manusia kejam dalam cinta...

CINTA PADA MANUSIA TAK HARUS MEMILIKI
KERNA

CINTA YANG NYATA LAGI ABADI ADALAH CITA KEPADA PENCIPTA

Sunday, 26 May 2013

buatmu kakak..


hubungan cinta yang tersemai antara kita bertiga sama indahnya seperti mereka2 diluar sana namun yang lebih mengeratkan kita, kita dilahirkan dari sebuah keluarga yang bahagia.. kita dilahirkan dengan penuh kasih dan sayang, kita dibesarkan dengan penuh perhatian dan kelembutan.. namun, tiada negeri yang tidak ditimpa hujan, kita bertiga juga sering bersengketa namun kerana darah yang sama mengalir dalam diri kita, sengketa itu pasti hilang serta merta..
alangkah bertuahnya kita memiliki orang tua seperti mereka, ibubapa yang teramat cinta akan anaknya, percaya atau tidak kita, ayahlah titik utama kejayaan kita.. doa ayah adalah tonggaknya.. manakala ibu pula adalah insan teristimewa, mengajar anaknya tanpa jemu dan merungut dusta..
kak fizah : kakak sulung yang berwajah muda, walaupun belum berumah tangga tetap juga punya insan teristimewa.. kakak memiliki perwatakan yang agak keras namun perhatian dan dorongan kak tiada tolak gantinya.. kekerasan dan nekad tidak bererti kak tidak langsung bertolak ansur, kak sering mengalah dengan kami.. kak banyak membantu tanpa adik2 sedar pengorbanan kak..
kak nick : kakak kedua yang berpewatakan lembut dan sopan2, namun lembut tak bererti rapuh.. kak nick miliki wajah mak, kak nick sudah berumah tangga namun perasaan cintanya pada kami tak langsung terbinasa, bahkan kak nick sentiasa ada ketika aku sedang berduka.. cinta seorang kakak sentiasa memahami suara hati adiknya meskipun tanpa perlu aku berkata2.. thank kak nick..
kisah kita : kita punya perwatakan yang berlainan namun kelainan itu menyempurnakan.. kita punya hati dan nurani yang berbeza namun cinta yang tumpah antara kita sama saja.. kerna, apa yang pasti, kita dilahirkan dari satu rahim yang sama..

potret keluarga kami
perfect family
lub u all
muahh

kak nick bersama suami tercinta a.k.a abg ipar aku
hihihihihi, sayang korang sesgt..

kak yang noty n jiwa kacau..
sayang kak sangat2...
muahahahaha..

Friday, 24 May 2013

tErapi jiwa..

menulis itu terapi jiwa, terapi yang mampu membuang duka dan hiba.. 
persoalannya, kemana duka dan hiba dibuang???
duka itu digarap, hiba itu diterap.. sebuah tulisan juga mempunyai perasaan, perasaan yang telah ditumpahkan oleh pengarang.. memahami isi hati pengarang adalah membaca dengan mengunakan jiwa bersama-sama.. membaca tanpa mengunakan jiwa seolah manusia yang tidak mempunyai deria.. manusia mungkin bijak menggunakan akal dalam mentafsir namun tanpa penghayatan jiwa, manusia hilang nilai kemanusiaan nya..  

sahabatTEMANkawan

sahabat adalah teman, teman adalah kawan..
apa pun istilah yang kita guna, maksudnya tetap serupa.. merujuk seseorang yang special,, seseorang yang berada dekat dengan kita tanpa mengira sempadan masa, tanpa mempeduli suka dan hiba.. sahabat tak bererti berkongsi saat manis bersama, gembira bersama, riang bahagia, namun skop erti sebuah sahabat adalah melepasi sempadan daerah kebahagiaan.. sahabat itu perlukan bahtera yang sedia menerima hujan ditengah kemarau.. sahabat juga bererti duka, duka yang dikongsi bersama-sama...
sahabat bukan satu, bukan pula dua namun berjuta..namun mencari sebenar-benar sahabat bukanlah mudah kerna sahabat itu anugerah..
?????????
ia bererti, saat mana seorang manusia itu mampu menerima apa pun kelemahan yang sahabat itu punya, tak juga mudah terasa dengan pelbagai cerita yang menjadi plot buatan manusia yang cuba menyedapkan cerita..
tidak perlu diungkapkan erti sebuah sahabat kerna tiap manusia juga terasa hal yang serupa.. namun, saat entry ini dibaca,, siapa yang bermain dimata?? itulah sahabat, sahabat yang dianugerahkan...



semudah kata-KATA


""setiap yang kita cintai, tak semestinya kita miliki dan setiap yang kita miliki, tak semestinya berkekalan""
kata-kata terlalu mudah untuk dituturkan namun memahami isi dan maksudnya bukanlah satu tafsiran yang mudah, kerna erti sebuah kata-kata kekadang membawa kita kepada sejuta pengharapan, sedangkan hakikatnya sebuah sandiwara dan lakonan.. sebuah cinta juga terlahir dari sebuah kata-kata meskipun sebaris kata semudah "i love you".. itulah hArga sebuah kata-kata. namun harga yang cukup bernilai pasti saja mengundang tafsiran yang tak terduga.. misalnya, manusia bisa sahaja terbohong dengan ungkapan cinta yang dituturkan melalui kata-kata. aduhhh, bisa benar harga sebuah kata-kata.. kerna mampu saja mengundang bahagia, tak terkecuali  sebuah derita..

manusiaBIASA

sebetulnya manusia dilahirkan dengan cukup sempurna namun manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka punya.. pasti ada sahaja yang cuba dibetulkan, beranggapan diri tak cukup cantik, terlalu pendek, gemuk dan sebagainya.. itulah manusia!! terlalu ghairah mengejar kecantikan dunia..  AKu tidak bercerita atau mengata sesiapa, namun peringatan aku tujukan buat diri sendiri.. aku tidak menafikan, aku juga selalu mengeluh dengan fizikal yang aku punya, pasti ada saja yang ku anggap tidak sempurna.. itulah manusia.. namun aku syukur,, setidaknya aku dilahirkan dengan fizikal yang sempurna dibandingkan rakan lain yang dilahirkan dengan sifat yang berbeza..
kisahnya : aku ditarik untuk menulis soal fizikal bukanlah kerna aku beranggapan aku sempurna sepenuhnya.. manusia memang dilahirkan sempurna namun yang menyempurnakan manusia adalah apabila manusia itu saling melengkapi antara mereka.. misalnya, si celik seharusnya bersahabat dengan sibuta.. kenapa? kerana si buta itu lebih celik dari si celik!! si celik mampu membantu si buta, namun hakikatnya si buta lebih banyak membantu si celik dalam memotivasikan manusia itu.. manusia tidak akan pernah bersyukur sekiranya berdepan dengan manusia normal, sebaliknya ketika berhadapan dengan seseorang yang kelainan upaya seperti si buta, manusia pasti mengenal, APA ITU SYUKUR!!!

~~bersyukur dengan apa adanya~~

Sunday, 19 May 2013

istimewa seorang abang..

istimewa seorang abang..
aku dilahirkan tanpa mengenal cinta seorang abang namun aku tak pernah lupa untuk membayangi kasih seorang abang walau sekadar dalam sebuah dimensi mimpi.. 
jangkaanku, abang adalah insan teristimewa, layaknya abang meratap kasih seorang gadis kecil bergelar 'adik'..namun, mimpi yang dilakar pasti saja pulang dipagi hari dan bakal disambung kembali pabila lena menghimpit mimpi lagi..
kisah aku : dilahirkan tanpa mengenal kasih seorang abang bukanlah suatu perkara yang berat, namun hadirnya seorang insan yang membawa watak abang telah mengubah semuanya.. hadirnya abang dalam kekalutan malam yang panjang,tak sedikit diduga oleh aku.. padaku, abang adalah insan teristimewa, pada awalnya tiada sebarang rasa yang aku damba namun setelah jalinan persaudaraan bertahan lama, hormatku pada insan bergelar abang kian tengelam, bersama arus perasaan yang berjurang tajam.. 
aku bahagia bersama abang namun kebahagiaan ini akhirnya terompak dengan sebuah salah faham.. setelah sekian lama, akhirnya, aku sedar, kasih dan sayang ini bukanlah buat seorang abang namun kasihku pada sebuah ikatan percintaan..
hargai setiap yang kita miliki tanpa mengeluh mengharapkan sebuah mimpi yang tinggi



Sunday, 12 May 2013

NANADREAMING..

setelah sebulan nana menyepi dek kesibukan diri sendiri.. hari ini nana kembali bersama enrty2 lama yang tersemat indah di draf..
nana bukan menyepi tetapi nana cuba menguatkan diri dengan mengenal diri melebihi mengenali hati..hati nana terlalu banyak berbohong sebelum ni, so nana harap bermula sekarang nana akan akan lebih jujur dengan diri sendiri dan hati nana tak menjadi santapan tengahari ni,,, (hihihihihihi)
apa yang nana nak kongsi : nana terlalu happy! bukan kerana nana sudah berpengganti tetapi kerana nana telah tekad dan kuat untuk hidup sendiri.. nana yakin, pemilik tulang rusuk nana akan mencari tulang rusuknya..
nana tak perlukan kekasih untuk menemani sepi nana setiap hari kerna nana sudah punya life baru bersama falsafah seorang teman facebook nana yang banyak membantu mengembalikan kekuatan nana. nana yakin, nana sekuat diri nana yang dulu, diri nana sebelum nana mengenal apa itu cinta!!
buat teman facebook (L.Y) : status awak bermanfaat dan mengembalikan kekuatan saya. semoga saja dakwah dan perkongsian ilmu yang awak sampaikan diterima oleh-NYA.. in shaa Allah...

subhanAllah..

aku tak rela maruahku diperjudikan, aku tidak tega mendengar umpatan dusta, aku tak daya melawannya, bukan apa saja yang dikata itu benar belaka tapi kerna aku adalah insan biasa yang tak punya sebarang hak bersuara.. itulah dunia, pangkat mengizinkan manusia bermaharajalela, sedang aku si miskin hanya mampu mengikut saja.. 
kisah nya : peristiwa yang menimpa sahabatku sekian lama dulu, dek kemiskinan maruahnya dicanang-canang! kerna wang segalanya telah dia perdagangkan! dia tidak bersalah sama sekali namun kerana kesempatan dan peluang akhirnya dia terbinasa bersama hasutan setan.. kejamnya, peluang itu tetap ada dan terbuka, dan kini satu per satu dosa pula menjadi bahan ejekannya!! 
manusia tidak punya hak sama sekali untuk membenci, kerna manusia itu dilahirkan dengan nafsu yang serupa namun bezanya, mungkin saja dia diberikan peluang dan kesempatan untuk melaku dusta, sebaliknya kita tidak diberi kesempatan masa,kerna andai saja masa dan peluang itu ada, kita juga tak mungkin lari dari melakukan dusta dan dosa.. oleh itu, muhasabah diri, cekalkan hati.. in shaa Allah, kesempatan itu tertutup serapat-rapatnya..

peluangBERHARGA

disaat aku berusaha tidak menyakiti, kenapa harus aku yang disakiti, disaat aku setia dalam penantian, mengapa harus dia curang??
aku tak harus menyalahkan dia kerna tenyata antara kami sudah tiada apa lagi hubungan nyata, namun sampai kini aku seakan tidak percaya aku diperbodohkan sedemikian rupa.. selama ini aku berusaha menjadi pemberani, selama ini aku berusaha untuk kelihatan kuat, namun ternyata segalanya punah, kerana hari ini cinta itu sudah tersisa, kerna kini cinta itu kian tiada, kerna nanti kita tak mungkin lagi bersama..
kau tahu kenapa?? manusia memberikan peluang tapi bukan peluang kedua kerana peluang yang sudah bersisa itu pasti saja menghilangkan bait cinta yang pernah bersisa didada saat mana peluang masih terbuka...
oleh itu, HARGAILAH DIA SEADANYA KETIKA PELUANG MASIH TERBUKA!!!

teriakALAM..

ruangan ini sekian lama dibiarkan tak berbaja,
disiram pula dek kemarau lama, 
tandus dan penuh gersang tanah jajahanku, 
likuan langsing mula menampakkan susuk, 
ramping tubuhmu penuh bergaya, 
namun siapa antara kita sengsara, 
pasti saja aku tidak kau. 
kau pasif mengeksploitasi namun  kau ghairah,
akhirnya, aku tercanang luka,
tubuhku sayup dipenuhi panau,
dek paluan dek hentakan,
itulah kau!
namun tunggu saja keriakku
aku bakal meraung hiba dan mengegar dunia,
dan bumi sudah menelanmu terlebih dulu,
sehinggalah darah keturunanmu kontang mewarnai duniawi. 

sebenarCINTA..

tak sebaris kata mampu aku tuturkan lagi, kerna yang nyata cinta lama telah tersakit kembali, parut yang kian padam tercalar lagi, bisa debunga hilang dibawa angin sepi..
kisah kita : kisah kita penuh dengan cemburu buta yang menghantui jiwa! CINTAKAH KITA SEKIRANYA si dia tidak mampu menjadi siapa-siapa? si dia kini hilang idenitinya,, mengapa perlu kau mengharap dia menjadi seperti sempurna... sedar teman,, itu bukan namanya cinta, itu adalah kau cuba menyintai diri kau melalui jasad bernyawa yang kau jadikan mangsa!!!!
menyintai seseorang adalah menerima dia seadanya, jangan memaksa si dia menjadi yang teristimewa, apalagi membandingkan dia dengan kekasih lama.. bukanlah apa, manusia itu tiada yang dilahirkan sempurna namun apa yang menyempurnakan manusia adalah apabila dua jiwa yang punya kelemahan berbeza, bersatu membentuk sebuah cinta dalam ikatan yang teredho..
HARGAILAH CINTA YANG ADA DIDEPAN MATA, JANGAN PULA MEMBUTAKAN MATA!!

meninggalkan dalam ditinggalkan

lama benar entry ini tidak aku baja, rindu benar tangan ini untuk mengarap cerita, indah benar kiranya aku meluah saja, mengambil semuanya yang berada diminda...
kisah kita : meninggalkan dan ditinggalkan adalah perkara biasa setelah kasih sayang tumpah kedasar.. namun apakah rasanya juga sama? atau mungkin meninggalkan adalah lebih baik dari ditinggalkan?
apa pun situasi kita sekarang, segalanya pasti kelat belaka kiranya cinta itu masih utuh bersarang didada.. namun ada ketika, kerana cinta kita cuba untuk melepaskan dia, tapi mengapa pula?kepatuhan imam adalah puncanya! adam tak mungkin berzina mata bersama hawa yang diidam menjadi bidadari syurga.. tapi, ada pula cinta yang ditinggalkan setelah segalanya sudah tidak lagi berguna, namun bagaimanakah ia? mungkin sahaja cinta itu sudah tidak berwarna, mungkin saja harumannya sudah tiada, atau mungkin juga kelopaknya kelihatan layu cuma..

cantik itu pinjaman..

sahabat, kecantikan itu subjektif, kecantikan itu bahan pinjaman, kecantikan itu suatu dugaan, dan kecantikan itu anugerah tuhan.. tapi sahabat,, mengapa kerna kecantikan itu ada teman kita yang sengsara, apakah wajar dia menanggung derita? hinakah dia sebagai manusia yang juga dilahirkan seperti kita! sahabat, kita semua punya hati, punya naluri, punya jati diri tapi mengapa saudara kita dikeji?? elok sangatkah rupa yang engkau miliki??
sahabat, kecantikan itu pinjaman! mungkin hari ini kau bermegah tapi awas!
 kisah kita : tiada apa yang harus aku sembunyikan dan tiada perkara yang harus aku elakkan, kerana apa pun kemungkinan pasti akan datang satu ujian terhadap tiap insan yang disayangi tuhan..
sahabat, jika fizikmu yang menjadi bahan kejian, jika bentukmu yang menjadi cacian, dan jika wajahmu menjadi umpatan, kau harus ingat! itu semua pinjaman..

"semua manusia dilahirkan dengan perasaan yang serupa, namun sedih pasti menghimpit jiwa sekiranya keelokan rupa menjadi perbualan semasa manusia sedangkan kecantikan kita biasa cuma dibandingkan dia yang mengutuk herdik kita setelah sekian lama, mungkin dia lupa kita terasa akan tindakannya namun siapalah kita untuk bersuara, kelak mengelak kejian lain pula yang menimpa"

semua manusia mngimpikan sesuatu yang semurna, namun tak siaPa mampu mengubah keelokan rupa!
oleh itu, manfaatkan keelokan rupa ke arah jalan yang betul benar...

PICISAN..

PICISANKU..
cinta itu bermula di landasan letrik,
tempat aku memecut laju,
mencari destinasi yang ingin kau tuju,
aku berusaha tidak kelihatan jengkel,
aku mencuba menjadi terbaik,
namun,
segalanya serong setelah sekian lama,
dulu, tubuhku enak kau  jamah,
dulu, ribuan muda mudi menerjah,
dulu, akulah yang terbaik
tapi, hari ini,
setelah munculnya LRT!
aku kau tuduh picisan,
aku kau bilang murahan,
kini,
aku tidak kurangnya kau anggap sampah,
ternyata aku yang dulunya dibanggakan,
rupanya teman persinggahan,
benar, aku dicerca saat tubuhku malap sinarnya,
kerna muncul LRT penganti nama,
kini, dia lebih gah dari biasa,
dialah yang kau puja, dan aku kian kau cerca.

Thursday, 28 March 2013

wall fb mu..

aku cuba berbahagia namun saat cerita yang dikarang mengamit kembali kenangan lama, aku seakan hilang punca. aku berhenti diputaran masa dan aku tersungkur dihadapan semua.. jatuhku bukan kerana gagal namun jatuhku kerana kecewa, kecewa mengenali dia dan mengamit kenangan berdua bercinta..
namun, jalinan yang sekian lama tak sedikit merubah cinta yang bersarang didada, apalagi cinta yang ada terpaksa aku sisih dengan semena-mena. aku gagal namun aku upaya bangkit, aku kecewa namun aku usaha  kuat, dan akhirnya aku diam menandakan aku menang!
aku berusaha dan mencuba namun ketentuannya ALLAH saja punya jawabnya, usahaku mungkin sia-sia atau mungkin suatu masa cinta itu telah karam didada masa.. apa saja yang menimpa, tetap kau redho kerna aku sedar, kesalahan lama tak mungkin dibalikkan semula... nyata, hari ini aku merindui dia, namun kerinduan ini cuma terlakar pada sudut karangan ini cuma, kerna sesekali aku mengungkap, persahabatan pula mungkin terlerai antara kita, namun percayalah, kesakitan ini kian marak setelah nama d*** terbaca disudut wall fb mu..

Monday, 18 March 2013

pesanan buat kekasih..

sampai kini kau masih belum berdiam seakan antara kita tak pernah punya hubungan special, sedang kau tahu hati ini masih setia menunggu, menanti harap hubungan dulu terjalin kembali, enaknya kau berbicara soal cinta sedangkan hati aku menahan derita, kau kejam, seakan sengaja parut yang lama kau calar semula seakan kau sengaja, mendera jiwa dan raga.. aku senang dengan hubungan persahabatan ini, namun sebagai kawan yang pernah menjadi suri hatimu, kau tak selayak bercerita tentang jodohmu yang bakal tiba, kerna perit nya aku yang merasa dan pasti bukan kau sudah lupa? jenaka yang kau cipta sudah cukup mendera hati aku dan kenapa harus ianya kau tambah dengan sebuah luka yang lebih tajam lagi.. kau kejam, tak sedikit kau memikirkan aku yang kau tinggalkan sendirian, atau mungkin caramu, masih berharap diri ini sengsara seperti mula-mula hubungan terlerai..
kiranya antara kita memang tidak ditakdirkan bersama, aku redho namun aku berharap darimu, tutup segala cerita yang telah kita lalui bersama, dan eloklah kiranya jalinan kita terputus sampai bila-bila daripada aku harus menanggung seksa...

Sunday, 17 March 2013

kerana kau sahabat..

aku mula sedar hikmat yang telah aku peroleh setelah aku kehilangan dia, hikmat yang telah tuhan tetapkan setelah ikatan pertunangan terputus ditengah jalan, cukup berat cubaan dan dugaan yang diterima sekian lama ikatan terbina, namun segalanya tak mampu aku tempiskan dan kian aku melupakan, semakin dalam ranjau yang menusuk tajam dilubuk hati yang dalam, namun langkah yang diambil cukup tenang dan bersahaja, aku menerima segalanya dengan hati yang terbuka, bukan kerana aku redho dan menerima bulat semuanya, namun ketentuan yang terjalin mengingatkan aku akan dosa lama, mungkin ikatan yang terjalin terlalu asyik menyakiti banyak pihak, ada pihak yang terluka tak pernah aku pandang meski sebelah mata, apalagi hubungan yang terjalin ternyata menimbulkan banyak fitnah dipihak yang lain pula, hubungan yang tiada dosanya mengapa harus punya seribu cerita yang tercipta? kerana hubungan ini, ribuan dosa telah wujud antara mereka, kerana aku sayang , aku  melepaskan, kerana aku sayang, aku merelakan segalanya terpadam, niatku cuma satu, mengharap cerita dan berita duka yang direka-reka dikuburkan seketika, meskipun hati aku yang terluka.. berdiam diri adalah cara terbaik, berharap semoga pengorbanan ini berbayar dan jalinan persahabatan kita tetap utuh seperti sedia kala, sama seperti sebelumnya..

kematian bukan mainan..

kematian bukanlah bahan yang seenaknya kita permainkan kerna kematian adalah akhiran sebuah perjalanan kehidupan.
"KEMATIAN" cukup mudah word ini dituturkan namun kehilangan insan yang tersayang bukanlah bahan mainan yang seenaknya kita pertuturkan, sekiranya kematian yang kau harapkan dalam hubungan kita, ternyata kau telah lama berjaya kerna sekian lama hati aku telah mati untuk menerima cinta lagi. namun sekiranya kematian disudut lain yang cuba kau ketengahkan, ternyata kau cuma bermimpi, kematian tak mungkin mudah kau tempuhi sekiranya ALLAH xmenghendaki.. stop!! berhenti bermimpi dan cuba kau keluar dari ilusi..
aku cuba mengingatkan :
kematian bukanlah citra yang senang dipertontonkan, mungkin kau lupa akan perkhabaran itu telah melukakan aku. mungkin kau lupa, pedihnya aku sekiranya takdir benar-benar memisahkan kita buat selamanya, aku bertahan sehingga kini kerna aku tahu, aku masih punya kesempatan walau sebesar zarah sekalipun, namun sekiranya kematian telah menghimpit kita, aku pula dibayangi mimpi, anganku memiliki kau ternyata mimpi!! 
***namun sehingga kini aku masih yakin, kau belum meninggalkan aku, dan kesempatan memilikimu masih terbuka didepan mata...

Sunday, 10 March 2013

tErsilap cinTa..

bila mata diberi izin memandang, wajahmu yang cuba aku bayang namun sekali angan yang terawan kian menghilang, bibir pula bakal menutur bicara, bicara yang tak mungkin sempurna, seakan cinta yang cuma bertepuk sebelah tangan saja sedangkan di pihak yang lain, aku tidak ada ertinya dan aku sama saja seperti temannya yang lain, menjadi peneman dikala kesunyian..kau tak sedikit pun kejam namun aku yang terlebih, aku merasa damai saat mana kita berdua bersama sedangkan kau dan aku cuma temanan, namun kekadang aku langsung tak diperlukan.
kebodohan diri ini cuma satu, memasang angan yang tinggi sedangkan diri masih terumbang ambik dinegeri sendiri, negeriku masih kelam tanpa bintang namun rembulan pula yang cuba aku kejarkan,, tak sedikit aku merasa bersalah saat mana bintang yang cuba bergemerlapan aku kikis kerna ghairahku merindui rembulan.. elokku kini mengejar kaca nun jauh disana sedangkan berlian terserlah di depan mata..

Friday, 8 March 2013

kehausan kasih teman..

aku punya beribu teman namun tak seorang yang memandang..
~geng qwerty, kau disingkir dari luahan ini kerana kau adalah teman sejati yang tak mungkin kucari ganti sampai mati~

erti sebuah persahabatan tak mungkin sama buat setiap orang, apa yang mungkin baik buat kita tak pula pada mereka, sama seperti cinta, persahabatan perlukan persefahaman!
kisah kita : perhubungan yang terjalin tak lagi kebetulan, kerna kita miliki banyak persamaan, namun perasaan demi perasaan yang mendatang, keakraban ini mengelarkan kita temanan, kau teman namun kau pernah dusta dalam berkawan, dari dulu aku menjadi bahan umpatan namun kesalahan tak sedikit aku lemparkan, kerna aku kini dipihak lawan yang kau anggap kejam, atau mungkin perkenalan kita yang singkat  belum kau anggap sebuah perhubungan,PERSAHABATAN!! umpatan itu seakan masih terngiyang, hati ini seakan ditikam-tikam, namun kesabaran yang aku harapkan, agar kita selamanya bergelar kawan.. pelbagai tomahan telah kau hadiahkan, namun tak sedikit cuba aku pertahankan, kerna ketetapan tak berkesudahan, kiranya lembaran tomahan menjadi persoalan.. 
umpatan itu aku terima sebagai teguran, dan terus aku mencuba menjadi temanan, peneman disaat kau membutuhkan, namun kekadang aku seakan tak  kau pandang, mungkin sinarku belum bergemerlapan, akhirnya, teguran yang dihadiah cuba aku simpulkan, mengeratkan kembali ikatan, menyatukan kembali jalinan, kerna aku kehausan kasih seorang kawan.. untuk sekali lagi aku dibenci,, aku tak kuat lagi, sedang segalanya menjadi rahsia, personalitiku kau cerca dihadapan mereka yang tak mengenal sapa.. kau kejam dalam berteman!!!
***doaku : ruangkan sedikit masamu mengingati aku! 

Tuesday, 5 March 2013

cinta, jodoh dan kepercayaan..

aku percaya akan kebesaran jodoh, malah aku sering mencari tahu perihal jodoh, tak cukup dengan itu, aku cuba membongkar rahsia yang sekian lama tersimpul rapi.. bagaimana caranya? tingkah jodoh aku singkap dengan suatu talian, "istikarah"..
tak semua persoalan bakal terjawab namun tawakal adalah milik bersama, siapa sahaja mampu berserah setelah usaha yang lelah, bukakan hati dan cekalkan minda, tawakal pada sang pencipta, hanya padaNYA yang maha esa. 
kisah kami : berbeza namun serupa, aku pernah menyinta dan sering pula dicinta, namun pilihan di depan mata tak semua sempurna ( tiada manusia dilahirkan sempurna, namun hadirnya cinta menyempurnakan kita).. sebuah cinta sekadar memenuhi keinganan sehari-hari?benar, cinta dianggap satu trend, dicontohi dan dimiliki, namun baiknya kita campak ketepi, disisihkan dipagar berduri, tercalar, pasti kau sendiri!! 
cinta bukan mainan, bukan juga tontonan namun cinta seluas taman, bagai bulan dipagari bintang..
kira kena pada tempatnya, kira tepat pada masanya, cinta pasti datang tanpa diundang, dan cinta pergi setelah wujudnya benci..
keindahan cinta terletak kepada sebuah kepercayaan..

Monday, 4 March 2013

kalam cinta..

sebelum bicara tamat tempohnya,
baik kiranya hati berkumandang setangkai kata..
sedetik hati tidak lagi menyinta,
taman dihati turut sama punah,
bersama perginya dia,
gugur layu musnah sudah.
bersama bakat lama terpendam,
aku kian digelapi malam,
turut sama hilang damai alam,
seakan tiada lagi bintang.
canang tersemat sebuah kenangan,
bersama insan telah hilang,
cari tak jumpa hingga kesudah,
kerna kau telah berteman.
secebis kata kirim dek dinda,
semoga ianya tak berapa lama,
bertemu kita dihari tiba,
bila jauhari menyising purnama.



Friday, 1 March 2013

insan curang..

kesakitan ni tak mampu aku lakarkan menjadi sebuah lukisan, 
keperitan ni tak juga aku bisa lakonkan menjadi lakonan, 
namun bagaimana caranya rasa ini dipendam, kiranya masa demi masa, terjahan dan tomahan yang mendatang, tak siapa yang aku salahkan. kerna : aku yang membuka lembaran demi lembaran, namun kekusutan tak cuba aku leraikan..
kiranya cinta perlukan pengorbanan, mengapa perlu akhirinya dengan perpisahan? 
kiranya cinta perlukan persefahaman, mengapa perlunya kita saling menyalahkan?
apa lagi yang harus aku kira, andai segalanya kebetulan cuma..
kisah kita : aku dilahirkan sempurna, tanpa cacat celanya namun kesempurnaan tetap aku damba, satu per satu jalan cerita cuba aku terima namun semuanya gagal juga, kini, aku kian percaya, cinta tak bermakna kita bersama, kiranya cinta itu masih ada, jodoh pasti menemukan kita.. aku kian tak upaya, aku kian mati bicara,   aku kian bersulam derita, kerna aku sang pencinta setia.. tawa pasti kau rasa, saat warkah ini kau baca, kerna padamu tetap aku pendusta, memusnahkan cinta yang gah bersahaja!!
 ~~impianku menjadi sekuntum bunga ungu tengelam karam dilautan~~

Tuesday, 26 February 2013

Salam Maaf Lagi..

ungkapan maaf itu seakan belum cukup ditandingi kecewanya kau saat ini, kau tak mudah mengalah kiranya kau dipihak yang benar namun keputusanku kau terima diam seribu bicara. aku tahu peritnya hati kau, aku pernah merasakannya dulu, aku tak sedikit berharap kau merasakan hal yang sama yang pernah aku rasakan dengan lelaki lain, namun sampai bila aku harus berahsia, sampai bila aku harus menutup bicara sejujurnya, seharusnya kau sedar, mengapa keputusan ini diambil, aku tidak mungkin memberikanmu harapan sedangkan aku tahu, kau punya masa hadapan dan kau wajar melakukan pilihan, tentu sekali pilihan yang lebih pantas denganmu, dan pastinya bukan aku!
antara kita, pasti saja aku yang disalahkan kerana tak sedikit cinta cuba aku tanam, meskipun peluang demi peluang cuba kau ruangkan, aku wanita beruntung punya kau sebagai peneman, namun bodohnya aku dalam melakukan keputusan, redhoku tetap pada tuhan kerna aku tahu, pasti adanya jalan ketentuan yang bakal memperolehi olehmu suatu keberkatan. andai keputusan ini berakar sejuta kekusutan, lurutkanlah dengan kejian kiranya ia mampu meleraikan, andai keputusan ini bercabang sejuta kesakitan, cantaskanlah dengan tomahan kiranya ia mampu terobat, apapun tindakanmu nanti pasti akan aku pikul, kerna aku tahu, sakit yang kau rasa tak mungkin hilang begitu saja, marahnya kau pada aku mungkin tak sampai disini, namun padanya ilahi akan terus aku mohon semoga sakitmu terobat lagi..
sampai kini fikiranku melayang, berharap kau bertenang...

Salam Maaf..

intro kita adalah cinta, kau dan aku pernah bersama suatu tika dahulu, namun, kerana kekangan pelajaran, hubungan yang terjalin telah kita putuskan , berharap agar kejayaan sama-sama dapat kita capai berdua.. kini,perjuangan kita telah terbayar, kita sama-sama telah mengapai menara kejayaan di gading yang berbeza, kau bersama cita-cita kau dan aku bersama impian aku.. namun, setelah sekian lama, kita sekali lagi membuka lembaran baru, namun aku tidak cukup kuat mengarang sebuah kisah cinta diatas lembaran ini kerna aku sedar, kita tak mungkin sempurna bersama, aku tidak mampu melengkapkan kekurangan yang ada, aku bukanlah seorang yang baik untuk dibandingkan kau, kau manusia biasa yang suci, hidupmu tak sehitam sejarahku, kekecewaan mu hanya saat bersamaku sedangkan aku, sering dikecewakan bersama insan yang aku cinta..
maafkan aku diatas ketelanjuran ini, aku tidak kuat untuk membohongi diriku lagi, aku tidak ingin sekali lagi hidupku dibayangi cinta, tidak bermakna aku tidak ingin memberi peluang untuk diri ini merasa cinta dari seorang yang benar menyinta,tapi aku sedaya upaya berusaha namun aku gagal juga, aku yakin, hati ini tak mudah untuk menerima, bukanlah kerna kau tidak aku cinta namun kerna aku sayang, aku berharap kita tak lagi bersama. kerna kebaikan mu bukanlah lawanku, kau cukup istimewa sedangkan aku tak upaya sedikit pun membuatmu bahagia, selamanya....
maaf diatas perutusan yang bakal merobek kembali kekecewaanmu terhadapku..
ikatan persahabatan antara kita lebih sempurna dibandingkan cinta, aku berharap semoga gantiku akan tiba.. 

Sunday, 24 February 2013

kEbaiKanmu kupErmaiNkan..

bukan mudah untuk bercinta, apalagi setelah berasa kecewa, bersama si dia yang dicinta, namun sedihnya cinta, tak cuma dipandang sebelah mata. kali ini, aku berusaha untuk menjadi lebih kuat, aku tak akan lagi terburu-buru mengejar cinta kerna aku tahu, ketelanjuranku telah menghancurkan jiwamu, kerna aku tahu, betapa sucinya cintamu suatu masa dulu.. maafkan aku sayang.. percintaan dulu adalah lakonan terhebatku, aku terlalu tega mementaskan teater yang aku karangkan tanpa kau sedar, kau menjadi bahan pertontonan, diatas setiap ketegaan hatiku tika itu , aku kejam, sungguh kita tidak sepadan..
dear,,
ketahuilah olehmu, percintaan kita suatu masa dulu adalah sebuah penipuan, hatiku tak sedikit pun menyintaimu namun satu per satu kalimah cinta cuba aku tutur untuk membohongimu , namun akhirnya aku kelemasan, tersesat aku dalam mencari jalan keluar, aku mencuba jadi yang terkejam agar diri ini kau tinggalkan, namun cintamu benar, cintamu tulus, kekejamanku tak sedikit mematahkan kesucian cintamu. aku insan bodoh dalam menghargai nilai sebuah cinta, aku terlalu mengejar cinta lama, yang padaku cinta abadi,duniawi, ukhwawi.namun sebenarnya kau tersilap, aku tersalah, aku masih mengharap meskipun aku tak lagi layak..
kepada siapa hendak aku menyalah, yakinkah silap itu berpunca dari aku sedangkan cinta itu abstrak, tak mungkin cinta bisa aku putik sekiranya hati sendiri tak membenarkan. tak mungkin cinta itu ada sedangkan yang lain aku cinta. segalanya tak mungkin, hatiku buntu tika itu, dan kini, sekali lagi, namun aku tetap berhati-hati, aku takut sekiranya aku menyakitimu sekali lagi, namun sampai kini, jawapanku tiada lagi..

Saturday, 23 February 2013

mEnaNti j0doH kEtenTuan iLahi..

 “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. 
(An Nuur : 26)
aku tidak menduga jodoh didepan mata, namun siapku belum bersedia, aku tidak kuat untuk bercinta, apalagi memikirkan hal yang lebih dewasa.. aku tidak takut untuk kehilangan namun takutku meninggalkan dia kesepian.. dewasaku terbuang dek keanakan, remajaku runtuh dek kekecewaan, akhirnya ku putuskan untuk sendirian!! 
aku punya cinta, namun ianya menjadi rahsia, aku punya rasa namun segalanya biarlah tak siapa menduga,  kerna suatu masa cinta ini akan terungkap juga bila ketentuannya tak lagi rahsia.. 
siapa yang kejam, bukan itu jawapan kepada persoalan namun kepada siapa harus disalahkan tak juga aku mampu mengiyakan, kesalahan demi kesalahan berlarutan telah membawa kepada suatu arus kekacauan yang akhirnya membinasakan sebuah hubungan yang tiada titik tolaknya..
berbicara soal cinta ada ketikanya menyakitkan namun saat mana kenangan bersama menjelma, senyuman kelat terukir kerana kita yakin, cinta itu ada sehingga kini, dan janji ILAHI, tetap menjadi mesteri dalam sebuah penatian cinta suci..


Friday, 22 February 2013

kEsilapAn sEndiri..

hari ini aku menulis sebagai seorang insan biasa, insan yang sering dicerca dimata semua, namun, aku redho, kerna aku sedar ketentuan tak selamanya serupa, pasti suatu masa segala kesengsaraan ternokhtah juga, namun sampai bila,, tak siapa mampu menduganya..
kini, episod demi episod berlalu begitu saja, ada damai kurasa, ada sengsara mengamit, ada ranjau meniba ada riang menerpa, fokusnya cuma dua, bahagia ataupun sengsara..
kisah aku : lautan mana yang tak berombak, bumi mana yang tak berhujan, hati siapa yang tak bersuara???
satu soalan ku tanya, namun berjuta jawapan telahku jumpa! mulutku dimatikan seketika, hatiku mula bernyawa, diberi hak bersuara, mengeluh akan segala rasa, cinta sedih dan sengsara, tidak bermakna kebahagiaan kulupa, namun segalanya kenangan cuma, dan hari ini, munculnya sejarah lama yang sekali lagi cuba aku calarkan semula.. aku kini mencari, dimana silap diri, mengembara aku sendiri dan yang kujumpai suatu keredhoan.. kini, baru aku sedar, kepahitan yang dirasai adalah silap sendiri, mungkin ini yang terakhir kali, kerna kesilapan tak mungkin aku ulangi lagi.. silapku mencuba akhirnya derita!!!

sikApmu mEnyakiTkAn..

masihkah ada yang sudi kiranya cerita diri di story??
wajarkah diri ini dibenci kerana kesilapan yang pertama kali, wajarkah diri ini dicaci kerana amarah nafsu yang melingkar diri, mengapa? sedikitpun kewajaran tak dia fikirkan!! siapa aku yang dia kira? tunggul atau permata? segala janji manis kini tingggal dusta, segala impian bersama musnah segalanya, bersisa kenangan lama yang tak lagi bermakna..
aku dibuang bagai sampah, aku dipijak-pijak tanpa resah, aku ditempis tanpa belas, inikah maknanya cinta yang dulu aku balas???
sama ertinya, habis madu sepah dibuang, begitulah aku yang kini kau pandang..
sesekali aku ingin berteriak lagi, namun segalanya ternyata sia-sia kerna diri ini tak lagi berguna, apalagi bermakna buat DIA.. aku tak cuba mengungkit namun dirimu seolah lupa, siapa aku yang pernah kau hina, pedih sungguh rasanya setelah kejian demi kejian menerpa, hiba dan sayu cuma seketika namun parutnya mungkin selamanya, tidaklah aku pendendam namun aku seperti yang lain, manusia biasa yang punya jiwa, sanubari nipis yang mudah terasa!!
sayang, panggilan itu sudah lama benar tidak berkumandang..
sungguh aku rindu namun kerinduan itu ibarat sampah! dipandang lalu dibuang.. 

Tuesday, 19 February 2013

pEnantian bErzaman..

tulisanku bukan bahan tontonan namun baiklah kiranya dijadikan pengajaran, kerna, kita adalah manusia yang dilahirkan punya rasa dijiwa, punya cinta didada, punya nafsu yang meronta, apalagi hasrat yang berjuta..


aku sering terleka, 

aku sering tersilap meneka, 
aku sering merana, 
kerna aku bukan ahli silap mata..



aku adalah aku, seorang manusia biasa namun ada cerita yang cuba aku kongsikan buat semua, kisah kita mungkin serupa namun caranya saja yang berbeza..
kerana cinta itu aku berubah laku, kerana cinta itu kini jiwaku pilu, dan kerna cinta itu jualah aku malu!! maluku bukan pada khalayak namun malu pada diri sendiri, kerana terlalu takut kehilangan aku ditinggalkan kesepian,,kejamnya!!!
: tak sedikitpun kau aku salahkan kerna aku sedar, cara dan tingkah kita berbeza namun yang sama, kita tetap sejiwa kerna dahulunya kita adalah temanan mesra.. mungkin kini penyesalan sering aku rasa namun ertinya sudah tidak lagi bermakna, yang ada cuma sisi kenangan lama, kenangan bersama dijangka sementara.. saat ini, penyesalan tiada gunanya lagi, namun kesilapan tetap harus aku perbaiki, kerna aku yakin dan pasti jalinan persahabatan mungkin akan termeterai untuk sekali lagi, namun doaku tetap pada ILAHI, semoga kita bersatu kembali, meskipun tika itu kau sudah beristeri.. aku tak ingin lagi mengeluh, tidak pula ingin aku menangis, kerna yang ku ingin kini cuma satu,,, menghadapi hidup baruku tanpa pencinta dan teman mesra dan doaku semoga situasi ini seketika cuma..
~kesetiaanku tetap serupa~

siLapku tErlalu meNgaguMimu..

ada yang ingin dicerita, ada yang cuba dikongsi bersama namun sudikah dia mendengarnya? aku cuma mencuba dan berusaha, tatkala aku rancak berbicara, aku terlupa akan insan yang sebenarnya aku cinta, tatkala langkah laju diatur, aku alpa terlupa sejenak insan pertama yang mencuit hati ini..segalanya ibarat rahsia. hadir seiring detik hati ini, namun pergimu diam tiba-tiba. kehairanan menjelma namun pada siapa harus aku mengadu domba jika sebetulnya hanya aku yang bersalah! dulu, kini dan selamanya.
kenangan demi kenangan cuba aku lakarkan, namun gurauan tak juga bertandang, hanya kesedihan perpisahan yang dalam ingatan, YA ALLAH,, apakah kesudahan? diri ini terlalu alpa mengejar sejarah lama sedangkan masa hadapan entah kemana hala tujunya..

Thursday, 14 February 2013

kEsakiTan iNi..

Satu per satu lembaran lama kubaca, satu ingatan kembali bertapa, entah apa dan kenapa, aku seakan mengerti sesuatu yang cuba kau rahsia, namun, haruskah cerita lama ku ungkit semula?sedangkan hubungan kita sudah entah kemana, hilangnya pergi begitu sahaja meskipun hati sering mengatakan cinta!!!
untuk apa lagi janji diungkit kembali, untuk apa pula sayang yang masih bersisa dan untuk siapa pula rindu yang tak langsung dipandang sebelah mata...
kisah aku : miliki perwatakan serderhana, namun mengharap kesempurnaan cinta.. sayang, tidaklah aku bidadari yang keindahannya mengalahkan mentari, tidak pula aku pari-pari yang mampu menunaikan hasrat terpendam dihati, kerna aku hanya aku, seorang gadis biasa yang penuh dengan cacat celanya namun punya hasrat berjuta untuk dikecapi bersama... hasrat tetap terpendam menjadi rahsia kerna belum pun sempat segalanya ku buka, hubungan kita telah terlerai begitu saja, indah yang dirasa ternyata sementara dan duka yang selamanya.. sedih dan gundahnya hanya aku cuma kerna kenyataannya kau kian berbahagia, bersama insan baru yang kau anggap lebih sempurna..

Wednesday, 13 February 2013

duri dalam daging..

Satu per satu lembaran lama kubaca, satu ingatan kembali bertapa, entah apa dan kenapa, aku seakan mengerti sesuatu yang cuba kau rahsia, namun, haruskah cerita lama ku ungkit semula?sedangkan hubungan kita sudah entah kemana, hilangnya pergi begitu sahaja meskipun hati sering mengatakan cinta!!!
untuk apa lagi janji diungkit kembali, untuk apa pula sayang yang masih bersisa dan untuk siapa pula rindu yang tak langsung dipandang sebelah mata...
jelas, kita kian jauh berubah..
kisah aku: 7 purnama bukanlah suatu masa yang singkat untuk ditempuhi sendirian, namun hari demi hari mendatang tetap juga aku tempuhi meskipun derita demi derita ku rasa,,, tak semua mengerti derita yang dirasai, mungkin pada mereka aku cuma pelakon teater tersohor yang mempertontonkan babak-babak cinta yang menjadi igauan keseronokan semata-mata,,, aku bukan bahan pertontonan, aku bukan bahan ceritaan, tidak pula aku bahan mainan yang seenaknya kau mencurah keluhan, skrip cinta aku bukan pada tulisan tanganmu, ingat teman,,, skrip yang cuba kau coretkan tak mungkin aku lakonkan kerana kenyataan tetap kenyataan dan skripmu adalah igauan!!! mimpi takmungkin menjadi realiti!!!
kau sahabat, kau teman, namun mengapa tikaman demi tikaman kau hadiahkan?
sampai bila kau dianugerah pangkat "editorial" dalam  kisah cinta teman-temanmu??
sedarkah kau kekejaman demi kekejaman yang kau peraksikan???

:- bukan yang pertama pengkhianat seperti kau ku jumpa!!!
***seperti sebelumnya, izinkan hubungan persahabatan terlerai buat seketika sekiranya sikap kau tetap serupa!!

mengukur peratusan keikhlasan..

tak sedikit pun aku mengharap sebuah cinta, apa lagi untuk memikirkan perihal jodoh, namun sesaat diri disoal tentangnya: aku kaku, aku seakan malu untuk bercerita soal diri sendiri dan cinta.. aku akui, kesilapan kerap kali aku lakukan, namun mengapa kesilapan pertama tak mampu aku tempiskan sehingga kini, sekian lamanya aku mencuba namun tetap gagal juga.. kepada siapa harus aku mencuba lagi jika jauh disudut hati, hanya dia yang bertahta? aku cuba mengikhlaskan cinta namun tak mungkin juga aku berjaya kerna aku percaya akan kuasa sebuah cinta, cinta bukan boneka yang seronok dipermainkan, bukan juga sebuah santapan yang seenaknya dimamah telan.. kerna, cinta lahirnya bersama-sama sepasang perasaan biasa namun ikhlasnya memancarkan sebuah kesatuan cinta yang tidak ternilai harganya.
 
kisah aku: aku pernah kecundang namun aku masih tidak tewas untuk mencuba cinta buat kali kedua, namun hasilnya, luka yang aku terima, bukanlah aku sekali lagi dikecewakan, namun aku yang cuba mengakhiri cinta yang sebenarnya tanpa taufan melanda.. diposisi ini, aku cukup kejam melakonkan watak heroin yang dianugerahkan namun, mana mungkin cinta itu dipaksa seenaknya.. sehingga kini aku masih mencari ganti sebuah cinta yang telah hilang sekian lama dulu, namun cinta buat kali yang pertama tak mungkin sama dengan cinta yang seterusnya dan akhirnya aku tewas juga.. kini, aku menyerah juga, aku mengaku bersalah, kesilapan besarku cuma satu, silapku  menyerahkan seluruh jiwaku buatnya sekian lama dulu, akhirnya, sehingga kini aku tidak lagi ikhlas dengan cinta, aku tidak lagi merasa keindahan sebuah cinta kerana keindahan itu telah aku sendiri kuburkan dihatimu..namun, persoalannya, rasakah kau haruman kuburan yang telah aku semadikan????

Wednesday, 16 January 2013

aku lupa segalanya tentang kita..

lama aku terfikir, puas aku memaksa namun ingatanku seakan mati untuk mengingati sejarah cinta lama...
aku lupa akan setiap kenangan yang telah kita sama-sama cipta, aku alpa dalam mengingati dimana tonggak cinta kita suatu masa yang sekian lama, namun aku tetap mencuba dan memaksa, mengharap ingatanku pada dia kembali bertapa, namun ternyata aku gagal mengingat segalanya tentang kita...
kita pernah bersama dan bercinta, namun dimana kenangan kita, tetap aku lupa..kenapa??? kiranya perasaan ini masih berbaki, kenapa kenangan kita tetap aku lupa, kenapa? beratnya apa yang dirasai kini, keruh seakan menghampiri diri, terkedu mengingati apa yang terjadi, seakan mengharap cinta yang telah mati.. jika hari ini, kita masih boleh berdiri, mengapa tidak kenangan lama muncul kembali, aku bukan mengharap cinta suci bersemi kembali sekadar berharap kenangan bersama tak mati pergi.. 
aku masih ingat, aku terlalu menyintaimu suatu masa dahulu, aku sering merinduimu, bahkan terlalu pedih rasanya disaat cinta itu hilang dari dakapanku, hanya tangisan yang berteman, namun apa erti semuanya kini sekiranya segalanya telah aku lupai, yang aku ingati cuma detik perpisahan ngeri.. berani ku katakan bahawa, sungguh aku cinta namun mengapa dan kenapa!!! mungkin kah cinta dan kenangan lama lenyap sekelip mata, tanpa ada secebis kenangan yang bersisa..
kini, kami tidak lagi bersatu bahkan kenangan kami telah pergi bersama angin yang lalu, sungguh tak aku duga, kenangan cinta bisa terlenyap begitu sahaja, mengapa ikatan ini tak seperti yang lain, punya kenangan yang berbaki meskipun hati tak lagi memiliki..
***kini aku kian sedar, kenangan begitu bermakna saat si dia dirindui..
dan aku akan terus mengharap, kenangan ini datang suatu hari nanti..

saya masih simpan surat-surat awak...

saya terlalu rindukan kenangan kita...

kemana cinta ini menghilang?

Monday, 14 January 2013

hatiku tika ini...

perasaan punya berjuta, ada cinta, kasih, benci, rindu dan seumpamanya, namun apa yang manusia damba, hanya cinta!!! cinta seorang manusia pada manusia lain dalam mengenal erti bahagia.. dimana adanya cinta, disitu tercipta seuntai bahagia, namun bahagia bukan selamanya kerana cinta tatkala berakhir dengan derita...
manusia mencari cinta dengan hasrat berbahagia namun manusia lupa wahal cinta punya pelbagai cara, dan cara mana yang kita guna, itulah hasilnya..
keinginan memiliki cinta haruslah kena dengan formulanya, kiranya kita alpa, pasti cinta kembali memakan tuannya.. wahal cinta sekadar sebuah perasaan saja, namun bisa cinta tidak terperi peritnya...
wahwahwah, seperti insan yang terlalu asyik dengan cinta, aku seolah perit merasa cinta, aku seakan malas berbicara soal cinta kerna aku yakin cinta tak pernah ada, cinta bukan tiada, tapi mencari cinta sebenar cinta kian hilang dimata dunia..
persoalan demi persoalan ku tanya, jawapannya tetap aku yang mengubahnya, haruskah cinta : sedang hati masih terkial seribu siksa!!!
aku berbicara bukan kerna aku tidak merasa bahagia, namun bicaraku terkena pada cerita, aku pernah bahagia, namun akhirannya derita yang menjelma, haruskah aku terus bercerita?terus mengungkit sejarah lama, sedangkan parut masih tebal calarnya,,, arghhhhhhhh sakitnya cinta yang pernah aku rasakan, pedihnya cinta tika dikecewakan, dan dambanya hati tika cinta itu dicuri, kini, hati ini menyendiri sendiri, bersama duka dan airmata sepi....

cinta yang abadi adalah cinta pada pencipta,
bukanlah cinta kepada manusia semata-mata

***pesanan buat diri : cinta tak seharusnya bersama, dan ada baiknya biarlah jodoh yang menentukan segalanya.. bukan kerna aku perit dengan cinta tapi sekadar menjauh cinta buat seketika kerna pedihnya masih berbisa...

Sunday, 13 January 2013

secebis kerinduan...

telah kita lalui usia persahabatan yang cukup lama,  telah kita tempuhi pelbagai suka suki berdua, dan akhirnya kita bermula dengan sebuah ikatan baru bergelar cinta...
ikhlas dari hati, kerinduan yang saya rasai detik  dan tika ini, bukanlah kerna hati kian menyepi tetapi menangisi pemergianmu yang seakan cukup mesteri.. mungkinkah kau lupa, aku tidak cuma kehilangan tunang tercinta, tapi juga sahabat tika suka dan duka...
aku tidak sekuat yang dikau kira, aku juga insan biasa, insan yang lemah dalam tutur bicara, apalagi hati yang sering kecewa, seakan tangisan sahaja yang menghampiri malam, angan kenangan pula mendamba siang, kian aku lupa, bila masanya aku melupa, bila tibanya kau kembali mencinta, kenapa segalanya masih aku damba, sedangkan hati luluh sejuta rasa, pernahkah kau merasa sebuah tangisan yang seakan berpura-pura namun kelatnya tak siapa menduga.. aku cuba manis bila berbicara, namun sakitnya hati tak mampu aku soroti, aku cuba tertawa namun pedihnya jiwa tak juga hilang begitu saja, KINI, aku hanya tinggal diam, ku biarkan saja mata berkata-kata, kubiarkan juga hati mengutuk cinta, dan akhirnya aku single selamanya...
aku tidak perit dengan cinta, cuma aku butuh masa yang lama untuk mengenal kembali cinta..
akan ku biarkan cinta yang kudamba kembali mencari diri ini, seandainya suatu masa nanti, diri ini diperhati..

        
tragis percintaan

senyuman kepuraan

mencari kebahagiaan.............

pemancing CINTA...

menghampiri cinta sama istilahnya dengan memancing, apa umpan yang kita punya, apa formula yang kita ada serta apa sasaran kita???
sekiranya umpan yang ada biasa cuma, pasti ikan tidak sekali memandang dan masakan umpan akan termakan, seterusnya, formula apa yang kita guna, kelak jorang ditinggalkan , masakan ikan terkial sendirian, kejam namanya.. namun, apa sasarannya, bak kata pepatah, ukur baju  di badan sendiri, menangkap ikan sepadan jorang..
pemancing,,,
ingatlah, sesekali ikan yang dikail sudah terkena pada umpannya, kelak janganlah kau tinggalkan, jangan pula kau lepaskan, percayalah, kesakitan kailmu begitu parah untuk si ikan meneruskan perjalanan dihari mendatang...
pencinta,
ingatlah, memancing sama saja istilahnya dengan cinta, sekiranya hatimu telah tertawan dengan cinta, kelak jangan kau kecewakan, apa lagi, setelah kau menabur kekecewaan, cinta kau tinggalkan, nescaya, kesakitan sahaja yang mendatang dan parahnya cinta, tak mampu kami ungkapkan dengan kata-kata,, tanyalah jiwa, hanya sengsara yang dirasa..

Friday, 11 January 2013

single is better..

aku sering gagal dalam cinta,
namun aku sering mencuba,
aku seakan tak pernah lupa untuk berusaha,
mencari kemanisan cinta yang kian tiada..
aku tak daya untuk memaksa,
cuma yang ada secebis usaha yang berganda,
untuk kita bersama dihari tiba,
bersama maraknya cinta didada..
siapakah insan teristiewa,
tak cuba aku memikirkannya...
***aku tidak takut bercinta namun aku mencuba mengecap cinta yang nyata, bukan lagi sandiwara belaka...

Tuesday, 8 January 2013

cinta lama..

sedih tatkala kenangan lama diceritakan semula, sungguh aku terpesona, pabila aku terlihat potret lama disaat kita bersama-sama, masihkah kau ingat, kenangan yang kita cipta disaat kita kembali berteman, mungkin kenangan itu cukup bodoh untuk kita ingati.. hahahahaha

......Aku, Kau, Dia dan Mereka....

Sunday, 6 January 2013

c1nta vS sasTera..

imej taktil tak mampu merasa keindahan sebuah kenangan, tidak pula imej visual mampu menghidupkan, kerna adanya retorik resense, aku dihalang, seolah gambaran kenangan tidak mampu aku gambarkan dalam setiap patah perkataan.. itulah sastera, berusaha dan terus mencuba walaupun kita kekadang gagal melaluinya, namun aku percaya, sastera itu abstrak, sama seperti cinta, nilaiannya pelbagai rupa....
harga sebuah sastera, sastera memanusiakan manusia namun harga sebuah cinta, manusia mula hilang arah tujunya!!! cinta dan sastera adalah sama, namun manusia yang meletakkan harganya, berapakah harga yang mampu kita pertahankan?? kiranya tawaran maksimum yang kita pertahankan, pasti cinta dan sastera dikatakan agung dan tidak lagi picisan dimata dunia..
cinta, mahupun sastera adalah suatu nilaian berharga, namun mengapa masih ada manusia yang bodoh dalam menawarkan harga..itulah manusia, celik hanya dimata namun hati sentiasa buta!!!
cinta itu sememangnya buta, percayakah kita??? cinta menjadi buta disaat cinta hilang arah tujunya, disaat sang pencinta tak lagi celik dalam berbicara, yang buta adalah manusia, namun cinta yang menjadi sasarannya.. itulah cinta, sentiasa menjadi sasaran manusia disaat bila manusia mula puas, namun salahkah cinta pada hakikatnya??????
manusia seharusnya sedar akan keindahan cinta, namun kasihannya, manusia sentiasa alpa, alpa menilai nilaian sebuah cinta!!!!

khas buat abang...

siapa menduga, pertemuan kali ketiga mampu menyedarkan kita dari terlena, kini aku kian sedar, siapa kita dan apa yang ada antara kita, pertemuan dan perkenalan ini sudah cukup menyakitkan, aku tidak perlukan lagi sebarang tikaman tajam, tolong, mohonku pinta wahai teman...
setiap inti perkenalan kita masih segar dibenak fikiran, mungkinkah kau ku sayang? hahahahaha, seolah suatu dogengan yang cuba aku lakonkan,, sayang tak mungkin hadir sekelip mata, sayang perlukan masa dan peluang namun mungkinkah antara kita tercipta ikatan cinta sedangkan hati ini cuma yang gundah gulana..
 mungkin kau sempat lupa, bagaimana hubungan tercipta menjadi akrab sekelip mata, ingatkah kau, apa yang telah kita sama-sama @@@@@... cam sengal jer perkenalan kita, tapi kita masih kawan dan selamanya kawan,, ya abg... opppppp...

Thursday, 3 January 2013

salam cinta dariku...

aku tidak kuat untuk melawan, tidak pula berani menyerang, namun aku punya satu azam, yang tak akan aku kuburkan..
aku bukanlah seorang doktor yang mengubati pesakitnya, 
tidak pula guru yang tekun mengajar anak didiknya,
tidak aku pelajar yang taat belajar sepanjang masa,
tapi aku ada manusia biasa yang miliki semua tugas dunia,
tugasku bukan satu tapi beribu,
inginku bukan satu tapi berjuta,
begitulah manusia, namun memberi adalah lebih baik dari menerima, 
kini aku cuba, memberi sekiranya diminta...
namun, perlukah pintaan dalam pemberian??
ya, pada cinta!!!!

Wednesday, 2 January 2013

bila sekali lagi aku jatuh cinta..

kekadang kita percaya tentang cinta namun ada ketikanya, kita lupa, kita merasa cinta hanya hadir didepan mata tanpa kita sedar dan kita duga, sebenarnya cinta bisa hadir meskipun jarak sedepa yang memisahkan kita kerna cinta itu buta, tidak langsung mengenal usia, tempat dan masa..
apa yang ada pada sebuah perasaan cinta, segalanya dirasakan sempurna belaka, mungkin mereka yang belum merasa cinta belum sedar akan nikmatnya tapi sekali kita lemas dalam cinta, lautan pula yang ingin kita renanginya, bukan kita ingin mencuba namun kita ingin merasa,, tapi cinta tak selalunya bersama, mungkin cinta hanya untuk dipendam saja, kini, aku sedar, ada kalanya cinta hanya di dada, suara tidak mampu berkata-kata kerna aku kira, perkenalan kita sudah cukup sempurna  meskipun kau tak selalu bersama, kerna aku yakin dan percaya, kiranya cinta didada terluah jua, hubungan mesra yang sedia ada pasti akan hancur semula, yang tinggal hanya sisa semata.. cukuplah memiliki perkenalan yang biasa dari menanggung permusuhan yang selamanya.. aku lebih rela tidak disayangi dari diri ini dibenci.. 
buatmu : insan baru yang merompak hati ini..