aku punya beribu teman namun tak seorang yang memandang..
~geng qwerty, kau disingkir dari luahan ini kerana kau adalah teman sejati yang tak mungkin kucari ganti sampai mati~
erti sebuah persahabatan tak mungkin sama buat setiap orang, apa yang mungkin baik buat kita tak pula pada mereka, sama seperti cinta, persahabatan perlukan persefahaman!
kisah kita : perhubungan yang terjalin tak lagi kebetulan, kerna kita miliki banyak persamaan, namun perasaan demi perasaan yang mendatang, keakraban ini mengelarkan kita temanan, kau teman namun kau pernah dusta dalam berkawan, dari dulu aku menjadi bahan umpatan namun kesalahan tak sedikit aku lemparkan, kerna aku kini dipihak lawan yang kau anggap kejam, atau mungkin perkenalan kita yang singkat belum kau anggap sebuah perhubungan,PERSAHABATAN!! umpatan itu seakan masih terngiyang, hati ini seakan ditikam-tikam, namun kesabaran yang aku harapkan, agar kita selamanya bergelar kawan.. pelbagai tomahan telah kau hadiahkan, namun tak sedikit cuba aku pertahankan, kerna ketetapan tak berkesudahan, kiranya lembaran tomahan menjadi persoalan..
umpatan itu aku terima sebagai teguran, dan terus aku mencuba menjadi temanan, peneman disaat kau membutuhkan, namun kekadang aku seakan tak kau pandang, mungkin sinarku belum bergemerlapan, akhirnya, teguran yang dihadiah cuba aku simpulkan, mengeratkan kembali ikatan, menyatukan kembali jalinan, kerna aku kehausan kasih seorang kawan.. untuk sekali lagi aku dibenci,, aku tak kuat lagi, sedang segalanya menjadi rahsia, personalitiku kau cerca dihadapan mereka yang tak mengenal sapa.. kau kejam dalam berteman!!!
***doaku : ruangkan sedikit masamu mengingati aku!
No comments:
Post a Comment