sebetulnya manusia dilahirkan dengan cukup sempurna namun manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka punya.. pasti ada sahaja yang cuba dibetulkan, beranggapan diri tak cukup cantik, terlalu pendek, gemuk dan sebagainya.. itulah manusia!! terlalu ghairah mengejar kecantikan dunia.. AKu tidak bercerita atau mengata sesiapa, namun peringatan aku tujukan buat diri sendiri.. aku tidak menafikan, aku juga selalu mengeluh dengan fizikal yang aku punya, pasti ada saja yang ku anggap tidak sempurna.. itulah manusia.. namun aku syukur,, setidaknya aku dilahirkan dengan fizikal yang sempurna dibandingkan rakan lain yang dilahirkan dengan sifat yang berbeza..
kisahnya : aku ditarik untuk menulis soal fizikal bukanlah kerna aku beranggapan aku sempurna sepenuhnya.. manusia memang dilahirkan sempurna namun yang menyempurnakan manusia adalah apabila manusia itu saling melengkapi antara mereka.. misalnya, si celik seharusnya bersahabat dengan sibuta.. kenapa? kerana si buta itu lebih celik dari si celik!! si celik mampu membantu si buta, namun hakikatnya si buta lebih banyak membantu si celik dalam memotivasikan manusia itu.. manusia tidak akan pernah bersyukur sekiranya berdepan dengan manusia normal, sebaliknya ketika berhadapan dengan seseorang yang kelainan upaya seperti si buta, manusia pasti mengenal, APA ITU SYUKUR!!!
 |
| ~~bersyukur dengan apa adanya~~ |
No comments:
Post a Comment