Saturday, 29 December 2012

mencari cinta..

aku tiada kudrat untuk membina istana kaca, tidak pula aku berbakat mengarang puisi cinta, tidak jua aku mampu merenangi lautan india, namun yang ada cuma sebuah nilai cinta yang hadirnya buat pria yang aku cinta, yang pasti pria itu adalah "engkau"..
aku punya cinta, namun bukan milik bersama kerna cinta yang ada cuma didada, tidak aku mampu meluahkannya, aku tidak takut namun aku bimbang, cinta ini akan menukarkan perkenalan kita kepada permusuhan, kerna aku sayang, aku memilih untuk berdiam, kerana aku sayang, aku memilih untuk memendam, benar..cinta tak semestinya memiliki, cinta untuk dinikmati.. menikmati cinta tak seharusnya memiliki, melihat kebahagiaan si dia, sudah cukup membanggakan hati ini...
mungkin cinta ini belum cukup sempurna, namun aku percaya, suatu masa cinta ini akan ada kesudahannya..

"" mungkinkah kau kumiliki atau mencari insan yang benar menyintai diri ini""

mr.S,,,,

aku yakin, cinta ini pernah dihidu olehnya, namun cintakah dia? 
mungkin sama sekali tidak kerna sekiranya ada cinta antara kita, pasti telah lama ianya terungkap jua, akan tetapi itu cuma tekaanku semata, hasrat hatimu tetap terahsia jua, namun sampai bila???
soalan demi soalan aku titipkan, namun satu jawapan pun tiada balasan, kerna aku bukan perhatianmu, aku cuma teman dalam beribu, itulah aku padamu, sebatang lilin kecil ditengah lautan manusia...
mr.S,,,,
aku tiada daya untuk bersuara cinta namun aku ada doa yang berjuta..
In Shaa Allah...

Wednesday, 26 December 2012

siti aisyah a.k.a chah chicau..

suatu pengisian biasa yang aku sengaja titipkan buat sahabat akrab "chah chicau"..
perkenalan yang bermula dibulan mei 2009 merupakan detik yang manis untuk saya kenangi, sebab awak merupakan peminat mesteri yang mengganggu saya menerusi SMS.. saya pasti awak tak akan pernah lupa detik-detik itu, awak menguji kegedikan saya, dengan mengaku sebagai seorang lelaki  or secret admirer..
bunyi cam sengal sangat, tapi peristiwa itu yang membuatkan chah mengenal chik dan chicky mengenal chicau.. wakakakakaka...
chah seorang yang sangat manja walaupun secara ekstrinsitnya dia seorang yang agak sempoi dan bersahaja. bertuah sangat dapat kenal seorang sahabat macam siti aisyah ni.. oppppp, sape siti aisyah???? hihihihihihihi

banyak yang kami kongsikan bersama, tak kira detik bahagia or detik berduka, setiap kenangan yang telah sama-sama kami cipta pasti akan saya abadikan buat selamanya.. mengenalinya bagai suatu anugerah, dia adalah sahabat yang sebenar-benar.. dialah sahabat dunia akhirat, dia membimbing, dia menghibur, dia membantu dan dia adalah dia, bersahaja namun sentiasa ada... itulah dia,  chah chicau empunya nama..
segala suka duka kehidupan saya telah saya coretkan pada diari hati dia, dia tak pernah memberontak, memarahi namun dia sentiasa beralah dengan sikap degil dan nakal saya.. thank dear fren...
"maaf saya pinta, sebab kekadang saya lupa bahawa saya punya seorang sahabat istimewa seperti awak"

best fren forever..
chik chicky
vs
chah chicau

rindu seorang SAHABAT...

aku tidak keseorangan, aku punya teman, tapi kesedihan ini tetap bersarang bersama kenangan di masa silam..
bukannya aku pendiam, bukan pula aku perahsia, tidak juga aku penglipurlara, namun kesedihan ini tidak pernah kita kongsi bersama..

PERSOALAN : untuk apa kesedihan ini dikongsi, jika kau sendiri tidak pernah membebani?
=benar, mungkin aku yang lupa!!!

persahabatan kita suatu hiburan,,, kesedihan milik individu!! arghhhhh, itukah erti sebuah persahabatan yang aku harapkan? jauh tersimpang dari bayangan mimpi yang cuba aku lakarkan, namun mungkin kah kau belum memahami, erti sebuah mimpi dan realiti,,.. mungkin nasib hidupmu lebih bertuah dari diri ini, kau belum merasakan erti sebuah kehilangan..
>aku pernah kehilangan seorang sahabat suatu masa dahulu, kehilangan yang panjang dan tiada kesudahan...
kesedihanku tiada gunanya lagi digambarkan, kerana parut luka tidak mungkin terubat, pergimu tak kan kembali, walau seribu tahun cuba aku menanti,, hanya ketentuan ILAHI, yang bakal menemukan kita kembali, In Shaa Allah suatu masa nanti.. kita akan bersama lagi setelah aku menyambut seruan ILAHI..

tEMAN, kAWAN, sAHABAT

luahan yang membusuk dihati..
>aku cuba untuk bahagia, aku cuba menjadi sempurna namun apalah daya, aku tetap aku, insan lemah yang tiada berguna buat sesiapa sahaja. aku tidak menyalahkan sesiapa namun maaf dipinta diatas salah dan silap yang sekalian lama, aku sedar akan diri ini tiadalah berguna, namun izinkan benih kasih disemai ditaman kita, agar suatu hari, harumanku terhidu jua...
mungkin sampai kini, cuma aku yang belum sedar, diri sendiri sememangnya dibenci, dicaci serta dimurkai, tapi mengapa masih lagi cinta dan kasih yang aku bajai?? masihkah ada kesempatan untuk aku menerima seulas kasih dari seorang insan yang digelar KAWAN sedangkan aku kian kelumpuhan...
aku tidak mengharapkan hadiah yang berharga, tidak pula pujian yang mengunung, apalagi perhatian yang beribu, namun izinkan aku merasa secebis cuma penghargaan darimu TEMAN, untuk aku simpan menjadi kenangan perkenalan kita...
TEMAN,,
titipkan sedikit waktu kau melihat siapa aku padamu, cuba kau kenangai apa yang pernah kita sama-sama lalui, namun, ingatkah pula kau akan kejian yang pernah kau hadiahkan pada diri ini??? teman, aku tidak mengharapkan simpati,sekadar meluahkan kebusukan hati yang kian berapi..kerna aku takut, andai suatu hari, kesabaran ini tiada lagi, dan hubungan ini, ternohtah bagai sebuah pementasan teater..
***ingat!! persahabatan bukan suatu lakonan!!!

Friday, 21 December 2012

muhasabah sejenak..

berdirinya aku bukanlah mengangkat dedaun yang keguguran, bukan pula berharap pohon usang kian kelayuan, namun berdirinya aku, berharap pohon tua itu tetap gah memayungi bumi, yang kian hari terik dipanah suria.. apakah kehancuran akan berlaku, dikala manusia sibuk mengejar kemewahan dunia, subhanAllah,, hentikan keangkuhanmu wahai manusia, buanglah keegoanmu, hapuskan prejudis, lenyapkan  segala kemungkaran, pupuklah keinsafan,, wahai saudara seagamaku, bangkitlah menyebarkan dakwah, sebelum kehancuran menamatkan jihad yang kian berbaki...

Wednesday, 19 December 2012

sedetik aku membencimu..

bahagia yang kau sangka, derita yang kurasa!!
itukah yang dari dulu kita impikan? itukah yang sekian lama kita cuba pertahankan?
kau atau aku yang kejam bukan menjadi persoalannya sekarang, kerana yang kejam tetap aku dimatamu..
aku akui kesilapan diri sendiri, namun tidakkah kau cuba mengerti, tentang soal hati dan benci, kau terlalu daif dengan perasaan sendiri, sehingga cinta itu kelihatan kabur..
mengapa tidak kita tak saling mengenali dari dulu???????mengapa baru sekarang!!! 

Saturday, 15 December 2012

sepasang sayap kecil..

untuk apa kesempurnaan buat insan yang pernah dikecewakan?
aku tidak menafikan cinta yang bakal mengundang, tapi aku tidak berdaya memikirkan sebuah kesempurnaan..  cinta yang dikirimkan sudah memadai untuk disimpan, namun kekangan tak jua putus mengundang.. aku bukanlah seorang pahlawan yang berani menegak sebuah keadilan, aku cuma sepasang sayap yang fungsinya untuk terbang, tidak mampu berenang menyeberangi lautan.. itulah aku, cuma sepasang sayap kecil di lautan luas terbentang, didalamnya tersimpan sejuta keajaiban..
kesedihan ini bukan takdir yang menentukan, kepahitan ini bukan sendirinya mengundang, namun silapku menuju jalan jahanam!yang akhirnya membawa aku seribu penderitaan..
namun, cintakah pula yang cuba aku salahkan? arghhhhhhh, salah itu tetap aku..
DULU, KINI dan SELAMANYA.....

Wednesday, 12 December 2012

12.12.12_eX-tunang...

alhamdulillah ya Allah..
pepisahan ini akhirnya mengundang kebahagiaan, ketenangan yang belum pernah aku rasakan, senyuman ikhlas yang belum pernah aku ukirkan, kini, segalanya mampu aku suarakan..
kesedihanku kian berbaki, senyumanku bersilih ganti, terima kasih buatmu tunangku, kerana memberiku seribu erti.. meskipun ikatan telah terlerai, meskipun janji kian tertanam, meskipun sayang kian luntur, namun dirimu tetap disini, dihatiku kau sayup menemani.. 
hari ini, keikhlasan itu sekali lagi dapat aku rasakan, meskipun ikatan pertunangan telah kita leraikan..
***syah pernah menjadi yang terbaik dalam hidup na, terima kasih syah!!

EX-TUNANG DALAM INGATAN

aku tetap AKU...

NANA DREAMING A.K.A CHIK CHICKY
siapa kita, bukan itu yang menjadi permasalahannya namun yang perlu kita jaga, siapa kita pada semua..
jangan mengharap sesuatu yang belum pasti, jangan menilai sesuatu yang belum kita kenali, luaran mungkin bersahaja begini, namun hati yang sepi tak siapa ketahui..
perkenal diri 
" aku seperti juga yang lain, punya hati, impian, mimpi dan realiti. namun yang membezakan manusia cuma caranya, acuan apa yang kita guna..
aku mungkin kelihatan gagah, namun tangisan kekalahan tetap bertandang, aku mungkin kelihatan riang, namun kekecewaan tak jemu datang..
namun senyuman menutupi semuanya,
aku kini bergirang tawa, menyembunyi luka, agar hati senantiasa bersorak gembira.. aku berusaha menjadi yang teristimewa, namun aku percaya, aku bukanlah siapa-siapa, yang mampu mengembirakan hati semua, kerna aku tetap adalah aku!! seorang wanita lemah yang asyik berpura-pura, mengaku gagah sedang hati gundah...
 AKU TETAP AKU..

Monday, 10 December 2012

aku pendusta???

sekali lagi aku berbicara soal cinta, tentang sebuah cinta yang dusta, tentang sengsara dan derita, tentang jiwa yang terluka, daifnya manusia dalam cinta, kerna cinta kita hilang segalanya, nilai persahabatan kita campak ke lautan, talian persaudaraan kita tepis ke pergunungan, inikah cinta yang diagungkan???
kejamnya manusia dalam menghayati cinta, benar aku pernah terluka, benar aku pernah sengsara, namun cinta tiada salahnya, yang salah cuma manusia, manusia gagal mengawal cinta.. manusia lupa, cinta hanya sebuah perasaan yang tiada salahnya, namun salahnya manusia membiarkan cinta meghayutkan segalanya, manusia sentiasa tewas dengan perasaan sendiri, manusia sentiasa leka dengan permainan cinta, namun manusia yang memulakannya, tapi manusia pula yang peroleh sengsara..
mampukah kita menyalahkan cinta?jika kita yang nyata menjadi hamba cinta tanpa paksa!!

aku pernah bahagia, namun akhirnya aku derita, aku pernah bercinta, namun kini aku sengsara!!!
aku tidak menyalahkan cinta, kerna yang nyata cinta tiada salahnya, yang salah cuma kita, kita tewas dalam permainan cinta, yang kita sendiri cipta... itulah kisah kita, asyik kita mencipta permainan sedemikian rupa, namun tidak pula kita mampu mengharunginya..
kini, cinta itu mengena sasarannya, aku menjadi pendusta, aku curang dalam cinta, aku mengotori cinta, aku pembohong yang kau kata!! sakitnya, hati kau tidak aku pedulikan kerna dimata kau aku tetap pendusta, pemain cinta yang durjana, pemain cinta yang berpura-pura, seorang pelakon pentas teater, itulah aku dimata engkau!!!
kerna kau lupa, siapa aku sebenarnya..
wanita hina yang kehausan cinta, sanggup mengorbankan hati dan jiwa buat insan yang benar-benar cinta, yang pasti, itu adalah engkau!!!

kesedihanINI..

pertemuan yang sementara mampu mengundang derita yang lama, mungkin pertemuan itu juga membuat kita jatuh cinta, namun pertemuan antara kita, sangatlah luar biasa kerna kau, aku dan dia... apa yang kita percaya soal cinta, jika yang nyata cinta tak berbuah jua, apa pula yang kita harapkan pada cinta, jika yang nyata cinta tak pernah bersua, yakinkah ada cinta, sekiranya kita sentiasa leka, leka dengan duniawi semata, tanpa kita peduli kasih pada yang ESA.. masakan enak kuah yang tak bergaram, masakah hangat cinta yang terlarang!!!
kita sentiasa mengharap yang teristimewa,namun cinta tak selamanya bahagia, kerna manusia kekadang lupa untuk menjaga hati sesama kita.. itulah manusia dalam menilai cinta!!! percayakah kita akan cinta? percayakah kita akan dusta? itulah persiapan kita dalam cinta, mengakui cinta, sedang hati berdusta!!! mengapa cinta perlu dikhianati, mengapa sengsara yang mengakhiri, pernah kah kau sedar akan derita dihati ini???
aku cuba melenyapkan kesedihan, namun kekosongan mendatang...
jelas, aku menusia biasa dalam menilai sebuah cinta, tapi mengapa aku senantiasa dikhianat cinta????

AIR MATA CINTA


Wednesday, 5 December 2012

kematianINI..

tangan bersuara deras,
arus tetap menjamah tubuh,
bersama sebuah harapan, impian dan angan,
namun kelemasan ini terhenti  setelah berpaut pada dahan kontang yang usang.
pautanku kian longgar,
deras arus kian meratah,
jasadku dihujung tanduk,
Rohku memaksa keluar..
aku kini aku jasad..

Sunday, 18 November 2012

iMpian..

pasanglah angan setinggi bintang dilangit
kita cuba berbicara soal impian, namun apakah yang kita fahami, apa yang ada pada sebuah impian?harapan atau kekecewaan!!! impian, bukan sekadar angan dalam sedar, impian  sukar difahami, berat dirasai,namun sang pemilik impian tahu diri, dimana mimpi dan dimana realiti. kekadang impian bukan untuk dikecapi, kerana impian mungkin sekadar mimpi. namun, dalam berjuta impian, pasti ada yang hakiki, suatu yang bakal dikecapi, sering kali kita hajati, bukan sekadar mimpi tapi sebuah realiti yang hakiki.. indahnya sebuah impian kekadang menyakitkan, ada duri yang menusuk, ada kaca yang menikam, namun impian tetap impian, sepahit mana pun jua, sekelat mana pun rasanya, pasti akan kita telan jua...
impian kita beribu, mimpi kita berjuta, tapi kenyataannya???????
***impianku beribu namun hasratku cuma satu..

Saturday, 17 November 2012

acuan cinta kita..

jatuh cinta tak payah, namun cuba mendalami cinta itu sukar. banyak yang perlu kita fahami, jangan sesekali cepat melatah. dugaan itu cabaran, tapi tetap adanya jurang, jurang yang  dalam yang harus kita selam. sesekali kita mendalami cinta, putus asa menjadi perkara biasa, namun bagi sang pencinta setia, cinta itu syurga dunia. namun, apakah pula cinta yang dalam kecewa?? salahkah sang pencinta yang teranaiya?? cinta juga diibaratkan kain putih, kita yang mencorakkannya. namun, kita harus ingat,mencorak cinta bukanlah mengunakan kepakaran ilmu didada semata, tapi juga menggunakan ihsan lahiriah jua.  apakah hasil coretan kita, itulah yang menjadi pengakhirannya..
***kesimpulannya, dalam bercinta gunalah acuan yang sebaik-baiknya....

Tuesday, 6 November 2012

menafikan cinta yang nyata..

cinta mungkin hadir buat seketika,
namun kecewa cinta tak akan padam begitu saja,
namun apa pula jika cinta hanya didada,
terbuku kaku tanpa kata!!
aku cuba menafikan cinta,
namun getarannya kian terasa,
hangatnya cinta masih bernyala,
kian hati menyatakan YA..
memang sungguh aku cinta,
tapi bait cinta terpadam jua,
sebelum masa menjemput utusan cinta,
kau tinggalkan aku tak bernyawa,
sungguh aku kecewa,
sebelum bahagia yang kurasa,
kau menghancurkan semuanya,
kini tinggal sisa duka,
bersama airmata nan kecewa....
***p/s : jangan mudah jatuh cinta! oppppp, boleh ker halang perasaan tu datang???

Sunday, 4 November 2012

keNyatAan c!ntA..

kita sendiri tak mungkin sedar saat bila hati kita diperhati??? sedar atau tidak, mungkin kita telah terlambat, namun bukan silap kita andai kita tidak ditakdirkan bercinta, kerna silapnya, cinta yang nyata tidak berkata!!! mampukah cinta berkata-kata?tidak pada lahiriahnya namun pemilik cinta harus tidak alpa,
cinta tak mampu berkata-kata namun cinta harus diungkap jua..
manakan cinta dapat dirasa, jika nyata cinta tak kita percaya!!apa pun jua, jangan sesekali salahkan cinta, kerna cinta hanyalah cinta,hanya sebuah rasa yang tidak ada salahnya..
bagaimanakah pula saat diri terasa ingin dicinta?pasti angau sepanjang masa,namun tetap kita terima, cinta bukan datang sekelip mata, apalagi cinta dalam terpaksa...

Thursday, 1 November 2012

namunMADU..

madu???
madu adalah penawar segala penyakit, namun mampukah madu menjadi penawar dalam sebuah ikatan perkahwinan?kita tidak mampu melawan suratan andai jodoh berkehendak begitu namun kita mampu memberontak andai hak kita diperjudikan. namun, kita tidak harus lupa, siapa kita!!! benar, bermadu tidak ada salahnya, namun yang salah bila keadilan dipermainkan!
***oppp, aku bukanlah ANTI bermadu, tetapi menggunakan teori feminis, aku patut menegakkan hak wanita yang teranaiya... :)

Monday, 29 October 2012

bacalah sayang..

tanpa ungkapan indah,
tanpa bunga bahasa,
tanpa panah bicara,
aku menyusun kata,
mengharap semoga kau membaca..
warkah disusun seindah bicara,
semoga kau tidak terasa,
andai ada terkasar bicara,
ampun dan maaf saya pinta..
doa dipanjat pendahuluan kata,
moga sembuh luka didada,
resah jiwa masih terasa,
tersalah denganmu jejaka pujangga,
kesal dihati terkunjung tiba,
mengingati akan sejarah lama..
kupandang kanan ku pandang kiri,
langkah diatur kian menyepi,
kini mulut terkunci mati,
untuk menyatakan hasrat dihati...

tugasan HKN203..

SEPI TANPA IBU....
jemariku lemah kian lesu,
jasadmu longlai menjamah bumi,
panah matamu berbau duka,
bila ajalmu menjemput tiba,
fikirmu akan si dara jelita,
apakah nasibnya dimasa tiba,
setelah 9 bulan hidup bersama,
dua hati satu jiwa,
si kerdil ditinggalkan sendirian,
tanpa susuan dari ibunya,
tanpa belaian dari ubunnya,
tanpa kucupan didahinya,
syahid si ibu telah tiba,
dirinya kini tak lagi bernyawa,
doa dipanjat buat si anak,
moga dilimpahi dengan rahmat.
***komen dari lectre: MASIH PROSAIK
MARKAH: 6/10..

Wednesday, 24 October 2012

HAPPY BIRTHDAY21

hari ini ulang tahun kelahiranku yang ke21.. banyak yang kuharapkan, banyak yang ku dambakan, namun aku redho atas ketentuan, aku sedar diri!siapa aku hari ini.. mungkin aku belum matang untuk mengungkap kata-kata pujian padaMU tuhan, aku seharusnya mengerti akan semua ini, memahami apa yang telah pasti, memahami hidup yang dalam realiti dan bukan lagi mimpi!! husna,,,, sedar lah dari lamunan, bangkitlah untuk berjuang, mempertahankan kesucian, mempertaruhkan harapan!!! 
  • aku mengharapkan suatu keajaiban, namun mimpi yang mengundang, aku mengharapkan dia datang, namun pedih yang menghalang.. siapalah aku untuk meminta?siapalah aku dimatanya? 
  • YA ALLAH, kuatkan hati untuk menerima, kuatkan minda untuk bertanya, kuatkan akal untuk mentafsirnya, kerna kaki ini telah lama, berdiri di bawah pecahan kaca...
  • teman seperjuangan semua, terima kasih atas utusan doa, moga kebahagiaan akan datang tiba, berkat doa teman semua..
TERIMA KASIH SAHABAT...

,!?..!,..?

aku cuba untuk bersuara,
aku cuba untuk bercerita,
aku cuba untuk bahagia,
namun aku tetap derita!!!
kenapa derita didepan mata?
bahagia pula tak kunjung tiba!
apakah erti,apakah makna?
jika ada hanya sengsara!!!!
adakah cinta mengundang bahagia?
setelah cinta hilang dimata,
adakah derita kehilangan cinta?
setelah cinta tiada harganya...
***mood berpuisi menggunakan simbol, yang baru aku kuliah minggu ini...

adakah kau lupa??

salam ingatan yang kunjung tiba,
menghentikan degupan di dada,
apakah cinta ini masih ada,
sedang aku pengemis cinta...
apakah erti salam ingatan,
jika sekadar menghenti lamunan, 
hadirnya salam berbuah kerinduan,
rindu yang datang tanpa balasan...
mungkin niatmu ikhlas perkatakan,
namun aku yang kelemasan,
meredah lautan yang bergelombang,
terhenti aku diketepian...
hadirnya wardah maaf dipinta,
jika semuanya mengundang kecewa,
namun hati jua merasa,
baki cinta yang masih bersisa...
***kau yang pertama, namun kau lupa siapa kita!! terima kasih atas ingatan, namun hadirnya tidak pada masa, tetap mengundang duka.

selamat hari lahir..

ya ALLAH, kuatkan lah aku utk harungi smua ni, tolong aku! aku xkuat utk bersuara, apa lg ak sdh hlng kata2, aku tak lg bisa menutur kata,.. setiap bait kataku entah apa2,.. kuatkan aku,,, ak xcukup kuat sekarang!!!! bukan masanya untuk aku terus menangis dan menangis.. aku bnci air mata ni.. aku benci tangisan ni..

Thursday, 18 October 2012

hujahan cinta..

kekadang kita lupa, sejarah awal cinta kita, kekadang kita alpa, siapa kita? itulah manusia, sentiasa alpa dan sentiasa lupa, namun, sesekali cinta sudah tiada di depan mata, barulah memori mengingati semuanya, apakah cinta?siapakah dia?dan apakah nilai cinta kita? luluskah kita dalam cinta? atau gagalkah kita? grednya bukan guru yang berikan, tetapi doktor, dr,cinta....

mungkin ada yang boleh kita kongsikan bersama, tentang sebuah kisah cinta, yang bermula antara dua hati satu jiwa, cinta tak mungkin hadir sekelip mata, tapi bait cinta mungkin ada pada pertemuan pertama, cinta pertama adalah yang teristimewa, tapi tak semua mampu merasainya, mungkin anda pernah bercinta, mungkin anda pernah jua kecewa, mungkin anda tak pernah bahagia, tapi anda tetap menginginkan cinta! itulah kita, manusia yang tidak pernah serik akan cinta, mungkin kita cuba memendam cinta, namun sampai bila? kerna satu masa pasti ia terungkap jua..
namun ada pula cinta yang mengundang derita, derita buat insan yang ketagih cinta, kerna cinta hidup dikorbankan bersama, kerna cinta maruah hilang harganya, kerna cinta manusia makin alpa, lupa akan penciptaNYA, namun salahkah cinta?sedang kita yang alpa! cinta, indah maknanya, tersirat sejuta makna, penuh kasih sayang nan berbunga, kerna cinta anugerah yang luar biasa.. namun, kita yang mengotori cinta, kita yang merubah makna sebuah cinta, kita yang mencalari kisah cinta, segalanya silap kita belaka, kerna kita hanya manusia biasa, yang sentiasa tewas dengan hasutan syaitan durjana..
ada lainnya pula dengan cinta, ada cinta yang sekadar berpura2, ada cinta yang sekadar suka2, ada cinta yang sekadar indah dimata, itulah cinta! keindahannya dicalari dusta oleh manusia, cinta buat mereka sekadar boneka yang tak bernyawa, namun, siapakah yang merasa tersiksa?siapa pula yang berduka? pasti saja kita! kita yang merasa hiba dalam kegagalan cinta, namun tanpa kita sedar kita yang memulakan semuanya, itulah bodoh manusia, mereka berniat mencuba, tetapi mereka lupa akan kesannya..

cinta..

kelamnya cinta ini kini,
terbitnya satu nafas bestari,
namun tetap selamanya begini,
cinta kita telah diakhiri,
akhirnya cinta kerana satu janji,
janji yang telah aku mungkiri,
maafkan aku diatas semua ini,
moga satu hari nanti, 
cinta kita berputik lagi!!!
kiranya cinta berbuah kembali,
akanku rawat,akanku tapi,
agar cinta tak lagi pergi,
bersama realiti dan mimpi...
andai cinta milikku lagi,
akanku semat didalam hati,
akanku tanam ku pagar kubajai,
agar cinta utuh bersemi,
bersama hati yang kian menyintai...

Wednesday, 17 October 2012

mimpiREALITI

apakah realitiku dibuai mimpi?
mana hilangnya realiti hidup ini? 
tak mungkin selamanya aku begini,
tewas dalam bayang2 sendiri,
aku cuba mencari pasti,
namun hati kian menyakiti,
sampai bila harus aku begini?
mencari dan bertemu bayangan sendiri..
aku mengharap suatu mimpi,
namun mimpi ngeri yang mengeruni,
mendatang dan terus menemani,
hati ini yang kian sepi..
apakah selamanya aku diulik mimpi ngeri,
membuat aku takut akan bayanganku sendiri,
membuatkan aku takut untuk bersuara lagi,
mengungkap janji dan madah cinta bersemi...

hakiki / sejati...

padamu hawa,
cinta sejati sukar untuk ditemui,
apa lagi untuk dimiliki,
namun kini kita punya cara tersendiri,
menemui, mencari dan merasai,
sebuah cinta hakiki yang digelar cinta sejati...
cinta yang hakiki hanya milik ILAHI,
namun ada lagi cinta yang masih dicari,
cinta duniawi pada insan bergelar lelaki,
cinta hakiki selamanya milik ILAHI,
namun cinta sejati??? milik siapakah nanti???
wujudkah sebuah cinta sejati?
dalam duniawi yang penuh dusta ini?
jawapannya:
cinta tetap ada dimana saja,
cuma cinta hak milik DUA jiwa..

Monday, 15 October 2012

kemana arah itu??

dalam samar malam aku meneruskan pelayaran,
mencari bayangan yang terang namun makin menghilang,
bayangannya kian tidak kelihatan,
namun aku masih terkapai2 sendirian,
mengharap bayangan itu kembali pulang,
mendakap mesra sayu malam,
menjamah mesra kerdipan bintang..
sungguh tidak aku duga,
kelamnya bayanganmu bukan seketika cuma,
tapi pergimu untuk selamanya,
kini,pada akar cinta kita,
kian hilang tunjang tujunya?
apakah masih ada harapan bersama?
meski aku sering mengundang kau kecewa!!

balasan kata2

mungkin ruangan ini sahaja yang akan menghubungkan kita,
mungkin coretan kita yang akan mengeratkan hubungan saudara,
mungkin luahan engkau akan membuatkan aku bertenaga,
atau mungkin segalanya mungkin cuma!!
pelbagai kemungkinan telah aku cipta antara kita ber2,
namun segalanya bagai mimpi cuma,
antara kita seakan tiada lagi keserasian bersama,
kerana cinta telah hilang serinya sekian lama..
lafas syukur aku panjatkan kepadaNYA,
tanpa penawar lukamu sembuh begitu sahaja,
sesungguhnya aku percaya, mungkin satu masa,
lukaku akan terubat jua..
namun kau lebih bertuah antara kita,
kerna lukamu kini terubat jua,
walau tanpa penawar yang tiba,
sungguh pun aku masih terluka..
teman,
ungkapan maaf sekali lagi aku pinta,
diatas kekasaranku di post yang lama,
mungkin kita tak mungkin bersama,
tapi pintaku 1 cuma,
biarlah blog ini milik bersama,
walau cinta bukan lagi milik ber2.....

balasan kata1

BALASAN 15JAM LALU..
aku seakan hilang kata2 untuk menulis bicara yang berjuta,
namun kudratku tetap diteguhkan untuk tatapan bersama,
mungkin ini jalan cinta kita,
kau meninggalkan aku kerana perasaan benci dan kecewa,
sedang aku menjauhimu kerana bimbang kau akan sengsara...
aku sedar, hati mu selembut kapas dalam perihal kemanusiaan,
namun egomu yang membatas membuatkan aku ragu dalam pertimbangan,
aku cuba menguntum bicara secantik jambakan bunga,
namun tangan yang terluka tercalari luka lama,
ingat teman,
perasaan sakit itu!! sama saja antara kita,
jika kau merasa kecewa,
sedang aku berduka,
dukaku bukan kerna hubungan kita, 
tapi dukaku mengingati dirimu yang tak lagi menyinta..
aku seakan memeluk pohon puaka yang tak bernyawa,
aku seakan menghirup wap air diudara,
aku seolah mencium haruman bunga yang telah mati,
siapakah aku kini? beginilah aku setelah kehilanganmu...
ikhlas dari hati, harapan untuk bersamamu masih ada,
namun aku cuba sedar dari mimpi,
agar aku tidak lagi sakit,dalam permainanku sendiri,
cukuplah sampai disini,
jika hatimu sudah membenci,
meskipun ungkapan maf yang dihantar beribu kali,
kita masih jua tetap begini...

Sunday, 14 October 2012

sEsI jAwAb s0kLaN

semalam ak berbicara pada diri, bkn pedusta bk pemungkir, tp lahir dari hati yg bukan sekejam binatang, ak punyai perasaan, hati. tatkala menjadi pemungkir kerna punyai perasaan, perasaan sedih, kesian n other. begitu jua ak meninggalmu, kerna ak punyai perasaan kecewa n benci.
tetapi jika kau mahu ak patuh pada jnji yg kau pinta. aku blh tunaikan, milikkan kesian pada diri terhapus kerna kau sendiri yg pinta. mulai saat ini, ak xkan mendalami hidup kau lg, xkan mencuba lg, kerna janji yg kau pinta ak tunaikan. sekian terima kasih kerna sudi bagi peluang untuk ak berceloteh disini. TAMAT LAH CERITA AK N HOBI AK UNTUK MEMBACA DISINI

madah 2week ago - cinta mudah dicari bagi mengubat luka di hati.... sekian lama ak sakit tanpa luka, skrg ak terubat tanpa penawar. kerna ak tahu ak hanya manusia biasa. tapi jodoh allah terletak pada allah. jadi ak x blh nk bgtaw siapa diriku n siapa milikku. jadi ape yg diludah sudah2 dcari lari lg, kerna kering terbitan mentari. anggap la skrg anduan hidup kerna pengalaman mengajar kita. semoga jejaka akan datang xkan kau ulangi ape yg terjadi pda diriku lg, bukan budi yg dipinta, bukan wang yg dimohon, tetapi akan sayang saudara islam kecewa lg cinta akan dtg nnt. semoga allah mencucuri rahmat dan keberkatan hidup. 

HARGAI DIA KETIKA MASIH ADA, MOGA X MENYESAL SEPERTI DULU KALA.

Assalamualaikum

memungkiri janji..

masihkah kau ingat akan janji kita? lupakah kau akan semuanya?
pintamu kita tak lagi bersama, ucapmu kita tak lagi kenalan cuma..
tapi kini, untuk apa kau memungkiri janji? terus menerus menghimpit perasaan ini?
aku cuba untuk melupakan tapi kau seakan semakin menghampiri, adilkah kau?
mana perginya janji yang dulu, kau yang mula memungkiri janji, tapi tetap aku yang dipersalahkan...
sekadar mengingati:

disaat ulang tahun kelahiranmu yang lalu, kau meminta padaku, mohon agar aku tak lagi mengganggu hidupmu.. namun, ingatkah kau? disaat aku benar2 cuba melupakan, kau menghulur salam persahabatan, namun, setelah kau merasa siksa dengan hubungan persahabatan antara kita, kau menuduh aku yang berdusta, sedang kau lupa, kau yang memungkiri janji sejak dari mula... adilkah kau? dan kini sekali lagi tercipta, disaat kita tak lagi mengenali sesama sendiri, untuk apa salam cinta menerusi bloggerku ini? cuba kau tanya pada diri, siapa yang memungkiri janji, sedang aku yang selalu kau marahi!!!
luahan ini, bukanlah mengungkit segala janji, sekadar meluahkan rasa dihati, meskipun kau tidak mengerti, hati ini tetap menyayangi, dirimu walau dalam sepi....

Friday, 12 October 2012

betapa kecewanya..

*mencari panganti bkn nya mudah* *tetapi mengubat bisa di ludah* *yang dilempar2 x sudah2* *semoga menjadi sifat dan madah*
MADAH YANG DITERIMA 2HARI YANG LALU!!

tidak pula aku mengerti kata2 mu buat kali ini, namun yang aku pasti, adakah kau cuba memberontak hati? salahkah bicaraku yang lalu, silapkah pertuturanku? tanya pada diri, pasti tiada jawapan yang kutemui, namun bila berbicara dengan hati, aku seakan mengerti apa yang kau pendami...

mungkin kau tidak menyangka aku bertindak sedemikian rupa, namun kenyataannya tetap serupa, aku telah menemui "dia" dalam comment mu yang manja belaka.. masih salahkah aku dalam menduga, sebuah nilai cinta yang sudah tiada nilainya? sedang hati masih menyebut cinta, sedang mata masih mengalir airnya..
mungkin cinta buatmu perkara biasa, namun hati ini tak usahlah kau duga, sakit dan pedihnya tak siapa dapat menyangka kerna aku rela kau gelarku sang pendusta! mungkin padamu aku dusta dalam cinta, kerana hatimu sendiri yang tidak mampu merasa, suatu nilai rasa cinta dilubuh hati kau, namun segalanya tetap salahku belaka! itulah caramu, itulah tingkahmu, adilkah kau dalam cinta kita, jika segalanya aku jua yang berdusta!!!

Sunday, 7 October 2012

melihat wall FB mu..

aku sendiri makin tidak mengerti akan perjuangan cinta dalam hidup ini, kekadang apa yang diperjuangkan tidak mendatangkan kesan, sebaliknya sebuah perjuangan menjadi sia-sia dan tidak bermakna. untuk apa sebuah perjuangan jika sekadar tidak mendatangkan kesan dan sekadar kekecewaan? mungkin hati cuba untuk tabah namun jurang derita yang dalam tidak mungkin berjaya dapat aku tahan..
salahkah caraku membiarkan dahan yang bercerai dengan daunnya? khilafkah aku dalam menyelesaikan gemelut cinta kita? mungkin cuma perasaan aku saja, dan kau mungkin sahaja telah berbahagia, bersama dia yang baru kau cinta.
sakit jelas terasa dibenak hati ini,namun siapa yang harus disalahkan? kau atau aku? pasti sahaja aku yang bersalah!! aku alpa, aku lupa, aku mungkir janji kita! sakitku bukan kerana dilukaimu tetapi silapku kerana tega menyakitkan diri sendiri.. mungkin begini caraku, senantiasa menyeksa jiwa biarpun telah lama menjerit derita..
bodohnya aku, udahku tahu dia bukan lagi milik peribadiku, untuk apa pula laman muka bukunya aku check it?arghhhhhhh... sakitnya hati, mengapa begitu mudah cintamu bersilih ganti? geram nya aku pada diri, bukan kerana dia sudah berpengganti tetapi kerana diriku yang seakan bodoh tuli!! pekak kah aku dalam menilai ungkapan perpisahan kami,, bodoh! mengapa lagi perlu aku melukai hati sendiri, seharusnya aku sedar diri, dia tidak lagi milik peribadi, bahkan dia sudah menjauh pergi, dan apa yang tetap pasti, KITA TIDAK LAGI MENGENALI SESAMA SENDIRI!!!

Saturday, 6 October 2012

kan ku ukir indah namamu..

kenangan cinta bersama dia menjadi kenangan yang terindah buat diriku meskipun kita tak lagi bersatu, namun kan ku ukir indah nama diruang terindah disudut hati ini..


Friday, 5 October 2012

lumrah hidup..

kadang2 hidup sungguh unik dan akan lagi pelik bila kita di kuasai dgn perasaan. begitu jua dgn diriku yg kian utuh di di timpa masalah yg melibatkan perasaan. perasaan yang melibatkan.........


pesanan yang aku terima diruangan draf pada 65minit yang lalu!!

seolah ada yang ingin disampaikan,

seakan ada yang cuba diceritakan,
sedetik hati tetap merasakan,
suatu persolan yang tanpa jawapan,
mencari kebenaran dalam kekeliruan,
siapakah gerangan, 
tak pula muncul dalam ingatan!!
apakah ada makna yang cuba disampaikan?
apakah kau cuba untuk meluahkan?
adakah benar kehidupanmu kian berantakan?
kerna satu hal yang datangnya dari "perasaan"...
sekadar sebaris dua pengkongsian,
cuba aku untuk menyatakan,
masalah yang datang adalah ujian,
ujian ketahanan daripada tuhan,
ingatlah wahai teman,
jangan kau salahkan perasaan,
kerana perasaan anugerah terindah buat kita sekian insan..




pengantimu..

aku percaya cinta tak mungkin hadir sekelip mata kerna cinta bukanlah sekadar suka semata tapi cinta, besar skopnya. namun apa yang pasti, cinta ku sukar untuk didatangi namun sekali cinta telah berputik dihati, entahkan apa lagi yang hendak diragui, kerna semuanya akan indah berseri. apa yang hendak dikongsikan hari ini, cuma suatu perasaan cinta yang bersemi dihati, sekadar mengingati sejarah cinta yang tidak lagi berpenghuni.
masih segar dibenak ingatanku ini, memori cinta pertama yang pernah ku rasai, namun setelah cintanya berlalu pergi, hanya TUHAN yang memahami derita rindu ini. ada yang mengatakan,perasaan kecewa akan ada ubatnya, namun teman pernah berbicara, kecewa bisa diubati, bila diri telah berpenganti..  aku cuba bercinta lagi, aku cuba sekali lagi, mengharap cinta yang datang untuk kesekian kali, namun yang pasti, kecewaku tetap begini..
apakah formulaku yang salah?apakah hati aku yang terlalu keras?atau mungkin juga hanya dia yang kucinta selamanya? ohhhh tidak..
setelah kehilangan "dia", aku seakan layang-layang yang terputus talian, terus bertebangan mengikut rentak angin yang berkumandang. aku masih ingat, setelah cintaku bernoktah, aku pergi membawa diri, menanti suatu cinta yang datang lagi, niatku suci, berharap diri dapat menyintai lagi. namun, suratan bukan seperti yang terancang. niatku mati,hatiku tetap beku bersemi.
maafkan aku ***********, bukan niat aku untuk melukai hatimu, aku tidak pernah curang dalam cinta yang kamu beri, tapi cuma hati yang belum mampu memberi, sebuah cinta yang hakiki. cintaku seakan telah mati, rentak cinta baru yang berpengganti seakan alunan kicauan burung di hari sepi. cintaku tak mungkin berpaling lagi kerna bayangan "dia" sahaja yang mekar dihati.
kini aku sedar, mencari pengantimu bukanlah cara hidupku, kerana sukarnya cinta yang mari, begitulah jua untuk cinta ku kau bawa pergi. benar, sukarnya untuk aku menyintai, begitu sulit jualah hati untuk melepaskan dikau pergi.. kini, 3tahun lamanya aku begini, masih ternanti pengantimu dihati ini..
tanpa aku duka, tahun ke4 penantian ini, terasa posisimu seakan diisi, namun yang menyayukan hati, cintaku ini untuk temanmu..(syah)

cinta pertama(RIDNA)

CINTA PERTAMA!!!
apa yang ada pada cinta pertama jika hati yang nyata tidak lagi bersama?
apa yang harus dipercaya jika hati yang cinta dianggap dusta?
apa lagi yang harus dikata jika hati yang luhur tetap terluka?

kisah kami mungkin biasa cuma tapi pedihnya masih terasa, perjalanan cinta yang kami lalui bersama sungguh indah buat tatapan bersama.. kisah bermula di tingkatan satu, ketika kami masih sama-sama merombak ambik mencari perjalanan sebuah cinta yang luar biasa. pengenalan biasa telah berubah cinta, masih aku ingat, perkenalan yang makin akrab ketika mencecah usia kami 15tahun.. mungkin tika ini kami masih hingusan untuk berbicara soal cinta, namun cinta anugerah terindah, cinta telah menghangatkan dunia kami, cinta telah merubah segalanya, membuat kami memahami, cinta yang hakiki dan cinta sampai mati!! itulah ungkapan cinta monyet antara kami..
06 mac 2006, tarikh keramat jalinan cinta antara kami.. masih segar rasanya setiap bait kiriman SMS yang diterima, "tengku dan na" adalah panggilan manja yang diberi, namun panggilan kini telah berubah lagi seiring perasaan cinta yang berapi dihati. jalinan cinta antara kami, tidak dapat disangkal lagi, teman-teman yang sudah mengetahui, apalagi guru yang turut memaki. banyak yang telah kami tempuhi bersama, banyak yang telah kami hayati berdua, indahnya cinta dirasakan bagai dunia hanya milik kami bersama.
negeri mana yang tidak ditimpa hujan? begitu jualah hubungan cinta antara kami, masih aku ingat, jalinan cinta yang terindah pernah kami calari dengan kecurangan. pedihnya hati tika itu, bagai tertusuk duri sembilu,apakah mungkin jalinan cinta terputus begitu? tidakkk, meskipun kecurangan pernah kami sama-sama hadiahkan, namun jalinan cinta tetap utuh ikatannya, tika itu hati kami masih mampu menerima kerana kami percaya, siapa yang bertahta dan siapa yang kami cinta.. ungkapan maaf dianggap biasa, namun itulah yang terakhir kalinya, kerna kami cuba untuk setia, menilai cinta yang makin terasa. bahagianya cinta hanya kami yang rasa, namun tiap kebahagiaan pasti berakhir pula dengan tangisan................
******************************
perpisahan kami bukan lagi perpisahan sementara, tetapi perpisahan yang selamanya,kini diri ini tidak lagi kau percaya, kerna pada kau aku insan yang tak mengenang jasa!! pelbagai tuduhan telah aku terima tika itu, mungkin kau lupa, siapakah dia!! ingin aku mengingati, namun sakitnya hati tak dapat aku bebani lagi.. mungkin blog ini akan mengungkapkan segalanya, menceritakan salah faham dalam ikatan cinta kita..
masih segar di ingatan, kejadian yang merobohkan tembok cinta yang telah kita bangunkan bersama. aku masih ingat, betapa marah kau tika melihat aku bersama f***. cemburu menghantuimu,mungkin kau lupa,siapakah dia.. sedangkan aku pernah berkata, hanya kau yang teristimewa meski pun dia telah ribuan kali cuba merompak hati ini. sekalipun tidak aku peduli,kerana cintaku kepadamu sampai mati, itulah janji cinta ini, yang telah kau tanam tanpa nisan. dengan melihat aku bersamanya dalam khalayak ramai, mudahnya hati kau tergoyang,kau memutuskan hubungan yang telah 3tahun kita bina bersama. mungkin bersenang hati setiap insan yang sekian lama menantikan detik perpisahan kita, namun kau lupa, hati aku yang terluka, dicalari debu cinta yang kau sendiri renjiskan.
sedikit penjelasan jua tidak kau pinta,katamu aku insan pendusta!!
adilkah kau dalam cinta jika hati ini yang sebenarnya terluka....

cahaya cinta..

suram menerpa kamar hati ini,
mengetuk kuat memecah dinding sepi,
hati mula berteriak lagi,
mengingati kisah cinta suci,
sucinya cinta cuma seketika,
kerna harumannya kian hilang jua..

kisah bermula antara dua hati satu jiwa,
cinta yang bernyala,
yang nyata terang bercahaya,
namun masa demi masa,
cahayanya kian kelam jua..

kelamnya cinta hanya fiziknya cuma,
hati yang berbunga tetap bercahaya...

cinta yang abadi..

suatu benih cinta tersemat di dada,
cinta bukanlah pada si dia,
tapi cinta kepada dunia,
akan keindahannya yang tak terhingga...
kekadang manusia bisa alpa,
alpa kepada tugasnya,
tugas kepada sang pencipta,
hanya satu kata, BERTAUBATLAH segera...
niat bukan menunjuk alim kepada saudara,
sekadar berkongsi rasa dijiwa,
ingat mengingati sesama manusia,
kelak tuntutan temetrai jua..
***copy dari fb sendiri kot...

Wednesday, 26 September 2012

kau pergi..

buih kerinduan ini bak carbon yang menutupi semesta,
sayap kasih ini bagai pepohon menghijau di khatulistiwa,
berat hati ini membeban rasa yang menjiwa,
patah jasad ini membawa perkhabaran duka..

bumi mana lagi harus aku berlari,
mencari bayanganmu yang makin menjauh pergi, 
sayang ingin ku ucap seratus kali,
agar dirimu kembali lagi,
kembali bukan sekadar hari ini,
tetapi hadirmu yang tak kan kembali, 
dan hanya hadir menemani,
diriku yang kau gelar sang puteri..
sayang datanglah kepangkuanku ini,
kotakan segala janji yang dipanji,
agar hati tak lagi begini,
lemas dalam lautan berapi..
lemasku mencari nafas bestari,
agar hati ini pulih kembali,
agar jiwa ini berjasad lagi,
setelah engkau menjauh kini...

Monday, 24 September 2012

duka cinta y dirasai..

untuk apa aku merajuk diri,
sedang aku tak akan diperduli,
menanti cinta yang datang lagi,
menyemat kembali kasih dan cinta ini..
untuk apa lagi semua ini,
jika sekadar menambah luka dihati,
luka yang lama berparut kini,
namun sekali lagi kau calari..
menanti cinta yang kesekian kali,
mengharap tidak,aku terluka lagi,
namun segalanya ketentuan ilahi,
cinta kini berduka lagi..

benci sekelip mata..

saat aku semakin tersiksa,
dia seolah tidak merasa apa2,
sedang aku dihimpit duka,
dia diam tanpa bicara,
apakah ini cinta???
wajarkah cinta padam sekelip mata,
sedang aku percaya,
anugerah cinta anugerah buat kita,
namun kini hancur segalanya,
kerna cinta kita,
telah kau padam sekelip mata..
sedang cinta aku masih membara,
sedang bayu meraba hiba,
teringat detik indah tika bersama,
namun segalanya hancur jua...

Thursday, 20 September 2012

derita rasa..

ada yang perlu dirungkaikan,
ada yang perlu diselesaikan,
aku menjawab soalan,
dalam mencari jawapan..
namun,
kini jawapannya tetap sama,
aku bukan lagi untuknya,
antara kami disini saja,
cinta yang dalam dusta..
dusta hanya dimata,
kerna hati sungguh cinta,
namun hati tak siapa dapat menduga,
melainkan kami sang pencinta..
sedar aku dari lamunan,
mengapa aku tidak diperdulikan,
apakah cinta dipermainkan?
dari dulu, kini dan akan datang..
rasanya cukup sampai disini,
untuk diri menangis lagi,
mencari mimpi yang pulang pagi,
mengharap mimpi menjadi realiti...
kejamnya dunia tika dan kali ini,
menyeksa aku dalam perasaan sendiri,
namun apa yang tetap pasti,
tetap harus aku harungi...

sepinya malam..

kerdipan bulan yang tidak kelihatan,
entahkan siang entahkan malam,
guruh dilangit mula berkumandang,
menandakan hujan yang akan datang..
sunyinya malam yang tak berteman,
sepinya hati yang tanpa peneman,
sayunya jiwa yang telah kehilangan,
cinta dari seorang insan..
insan teristimewa dalam ingatan,
beradu lama tanpa jawapan,
aku disini bagai ketakutan,
memikirkan hari dan masa hadapan..
pergimu membawa sejuta bahagia,
yang telah hilang antara kita sekian lama,
kini aku keseorangan cuma,
seolah mengharap bulan keriba..

Tuesday, 18 September 2012

hadirnya sebuah cinta...

perjalanan yang kita tempuhi,
bukanlah kemahuan hati, 
namun harus tetap kita lalui, 
dan menerima setiap yang terjadi...

mungkin bukan ingin kita akan semua ini,
namun segalanya pasti tetap terjadi,
walau beribu batu kita cuba berlari,
takdir tetap menjadi pasti...

hadirnya cinta yang pertama kali,
menghairahkan diri ini,
namun bukan jodoh yang ditetapkan ilahi,
hubungan suci terpisah kini...

hadirnya cinta yang ke sekian kali,
memanah kembali jiwa ini,
doaku pada ilahi,
moga ini jodoh yang diberi...




merinduimu sepenuh hatiku..

hati cuba untuk berbicara namun apa kan daya
jiwa cukup terseksa untuk mengungkap segalanya..
sampai bila lagi harus semua ini dipendami,
pada siapa lagi harus aku meratapi?
cinta yang dulu telah berpengganti,
kini sekali lagi telah pergi...
kau pergi disaat hati terasa ingin disayangi,
kau pergi membawa kunci hati ini,
namun yang pasti, pergimu bukan sekali,
kerna katamu ini yang terakhir kali,
kini, kau tak mungkin lagi kembali,
kepangkuanku yang kian menyepi,
menyepi kerna tanpa kau disisi menemani...


Tuesday, 11 September 2012

ex TUNANG y dalam ingatan

sebesar mana derita yang melanda, tetap harus aku fahami jua.. inilah sebenar cinta, mengelirukan dalam keliru...
sakit hati sudah tiada ertinya lagi, kerna apa yang ku fahami,kau lebih mengerti..
mungkin aku hanya merasakan sakit hati kerna perbuatan diri sendiri, tapi kau menahan pedih derita ini...
maafkan aku di atas semua ini, mungkin ini perjalanan cinta kita, mungkin ini kalam yang tertulis buat kita dan mungkin nanti kita bersua lagi...
suatu peristiwa yang kita lakar bersama,mungkin kini telah tiba penghujungnya, mengakhiri suatu perjalanan cinta yang luar biasa...
dasyatnya cinta hanya kita yang rasa, pedihnya jiwa kita jua yang cipta namun maaf dari hati atas segala salah faham yang terjadi...
tatkala diri terlalu lemah untuk menyusun kata membalas bicara, namun hati saja yang mampu bersuara, berteriak pedih mengingati sejarah lama kerna hanya kau yang bertahkta selamanya..

Wednesday, 18 July 2012

SAKITNYA JIWA

seperti sebuah lembaran baru, kisah kita telah terhenti disitu, dibawa pergi bersama bayu, yang xmungkin ku temu...
kekecewaanmu jelas dapat aku rasakan, kepedihanmu dapat aku selami, kehancuranmu dapat aku rasai dan pergimu melukakan hati ini...
hari ini, segalanya berubah, jika dulu madah cinta yang diutuskan buat dia, kini karanganku adalah karangan jiwa, luahan hati yang sepi tanpa cinta.. sedari, kau kini telah pergi, kusut terasa jiwa ini, bersama bayu yang mencecah bumi.. tiada kata lagi yang mampu di suarakan, namun hati tak akan berhenti, menteriak namamu sampai mati.. biar masa yang menentukan segalanya, biar jiwa yang mengucapkan segalanya, biar jodoh yang menentukan pertemuan kita.. SAKITNYA JIWA


17julai2012_22.50

hati tika dan detik ini, tak siapa dapat menduga..
sakitnya, peritnya hanya aku sendiri yang rasa..
indahnya cinta, rupanya seketika..
namun ternyata kau pergi jua..
sekali lagi aku kehilangan cinta..
mengharap ianya kembali semula..
namun akur atas segalanya..
pergimu membawa duka bersama..
maafkan aku kerana kekecewaanmu....

Tuesday, 17 July 2012

menemani sepi...

satu mimpi dalam realiti,
kini sekali lagi kembali,
datang dan tak mungkin pergi,
kerna kau penganti dihati...
cinta ini,
moga kau menghargai,
kerna ia sungguh suci,
dan jangan cemari lagi...
kau teristimewa kini,
hadirmu bagai mimpi,
datang dan jangan pergi lagi...
setia disini,
menemani sepi ini,
bersama mencapai mimpi,
yang tak akan pulang pagi...

Sunday, 8 July 2012

kau pergi lagi...

sedih yang dirasai,
pilu yang menyelubungi,
pedih hati saat dan tika ini,
entah kemana harus ku bawa pergi....
kini,
sekali lagi kau menjauh pergi,
meninggalkanku untuk kedua kali,
namun kini,
segalanya pedih sekali,
kerna kau telah ku miliki...
cinta telah ada antara kita,
kasih telah tersemat erat dengan tali pengikat,
sayang telah tersemat,
kata tak mampu lagi terucap...
kau pergi bukan untuk bersuka,
apa lagi menambah duka,
namun pergimu membawa harapan,
dalam sejuta impian...

Wednesday, 23 May 2012

dulu cinta, sekarang cinta...

cinta bukanlah kalimah biasa,
cinta merungkai sejuta rahsia,
cinta kekadang amat berbisa,
namun,ia nya kerna manusia...
kekadang kita lupa,
kita yang membutakan cinta,
kita yang mencemarinya,
dan kini, kita yang sakit, akibat cinta...
cinta menyempurnakan kita,
namun sesekali kita mencemarinya,
tiada lagi cinta yang dapat dirasa,
kerna yang tinggal hanya dusta...
sekali lagi kita mengungkap cinta,
tapi adakah ia sebenar-benar cinta,
awas jangan tersalah cinta,
kelak kita yang merana...