aku sendiri makin tidak mengerti akan perjuangan cinta dalam hidup ini, kekadang apa yang diperjuangkan tidak mendatangkan kesan, sebaliknya sebuah perjuangan menjadi sia-sia dan tidak bermakna. untuk apa sebuah perjuangan jika sekadar tidak mendatangkan kesan dan sekadar kekecewaan? mungkin hati cuba untuk tabah namun jurang derita yang dalam tidak mungkin berjaya dapat aku tahan..
salahkah caraku membiarkan dahan yang bercerai dengan daunnya? khilafkah aku dalam menyelesaikan gemelut cinta kita? mungkin cuma perasaan aku saja, dan kau mungkin sahaja telah berbahagia, bersama dia yang baru kau cinta.
sakit jelas terasa dibenak hati ini,namun siapa yang harus disalahkan? kau atau aku? pasti sahaja aku yang bersalah!! aku alpa, aku lupa, aku mungkir janji kita! sakitku bukan kerana dilukaimu tetapi silapku kerana tega menyakitkan diri sendiri.. mungkin begini caraku, senantiasa menyeksa jiwa biarpun telah lama menjerit derita..
bodohnya aku, udahku tahu dia bukan lagi milik peribadiku, untuk apa pula laman muka bukunya aku check it?arghhhhhhh... sakitnya hati, mengapa begitu mudah cintamu bersilih ganti? geram nya aku pada diri, bukan kerana dia sudah berpengganti tetapi kerana diriku yang seakan bodoh tuli!! pekak kah aku dalam menilai ungkapan perpisahan kami,, bodoh! mengapa lagi perlu aku melukai hati sendiri, seharusnya aku sedar diri, dia tidak lagi milik peribadi, bahkan dia sudah menjauh pergi, dan apa yang tetap pasti, KITA TIDAK LAGI MENGENALI SESAMA SENDIRI!!!
No comments:
Post a Comment