aku percaya cinta tak mungkin hadir sekelip mata kerna cinta bukanlah sekadar suka semata tapi cinta, besar skopnya. namun apa yang pasti, cinta ku sukar untuk didatangi namun sekali cinta telah berputik dihati, entahkan apa lagi yang hendak diragui, kerna semuanya akan indah berseri. apa yang hendak dikongsikan hari ini, cuma suatu perasaan cinta yang bersemi dihati, sekadar mengingati sejarah cinta yang tidak lagi berpenghuni.
masih segar dibenak ingatanku ini, memori cinta pertama yang pernah ku rasai, namun setelah cintanya berlalu pergi, hanya TUHAN yang memahami derita rindu ini. ada yang mengatakan,perasaan kecewa akan ada ubatnya, namun teman pernah berbicara, kecewa bisa diubati, bila diri telah berpenganti.. aku cuba bercinta lagi, aku cuba sekali lagi, mengharap cinta yang datang untuk kesekian kali, namun yang pasti, kecewaku tetap begini..
apakah formulaku yang salah?apakah hati aku yang terlalu keras?atau mungkin juga hanya dia yang kucinta selamanya? ohhhh tidak..
setelah kehilangan "dia", aku seakan layang-layang yang terputus talian, terus bertebangan mengikut rentak angin yang berkumandang. aku masih ingat, setelah cintaku bernoktah, aku pergi membawa diri, menanti suatu cinta yang datang lagi, niatku suci, berharap diri dapat menyintai lagi. namun, suratan bukan seperti yang terancang. niatku mati,hatiku tetap beku bersemi.
maafkan aku ***********, bukan niat aku untuk melukai hatimu, aku tidak pernah curang dalam cinta yang kamu beri, tapi cuma hati yang belum mampu memberi, sebuah cinta yang hakiki. cintaku seakan telah mati, rentak cinta baru yang berpengganti seakan alunan kicauan burung di hari sepi. cintaku tak mungkin berpaling lagi kerna bayangan "dia" sahaja yang mekar dihati.
kini aku sedar, mencari pengantimu bukanlah cara hidupku, kerana sukarnya cinta yang mari, begitulah jua untuk cinta ku kau bawa pergi. benar, sukarnya untuk aku menyintai, begitu sulit jualah hati untuk melepaskan dikau pergi.. kini, 3tahun lamanya aku begini, masih ternanti pengantimu dihati ini..
tanpa aku duka, tahun ke4 penantian ini, terasa posisimu seakan diisi, namun yang menyayukan hati, cintaku ini untuk temanmu..(syah)
No comments:
Post a Comment