BALASAN 15JAM LALU..
aku seakan hilang kata2 untuk menulis bicara yang berjuta,
namun kudratku tetap diteguhkan untuk tatapan bersama,
mungkin ini jalan cinta kita,
kau meninggalkan aku kerana perasaan benci dan kecewa,
sedang aku menjauhimu kerana bimbang kau akan sengsara...
aku sedar, hati mu selembut kapas dalam perihal kemanusiaan,
namun egomu yang membatas membuatkan aku ragu dalam pertimbangan,
aku cuba menguntum bicara secantik jambakan bunga,
namun tangan yang terluka tercalari luka lama,
ingat teman,
perasaan sakit itu!! sama saja antara kita,
jika kau merasa kecewa,
sedang aku berduka,
dukaku bukan kerna hubungan kita,
tapi dukaku mengingati dirimu yang tak lagi menyinta..
aku seakan memeluk pohon puaka yang tak bernyawa,
aku seakan menghirup wap air diudara,
aku seolah mencium haruman bunga yang telah mati,
siapakah aku kini? beginilah aku setelah kehilanganmu...
ikhlas dari hati, harapan untuk bersamamu masih ada,
namun aku cuba sedar dari mimpi,
agar aku tidak lagi sakit,dalam permainanku sendiri,
cukuplah sampai disini,
jika hatimu sudah membenci,
meskipun ungkapan maf yang dihantar beribu kali,
kita masih jua tetap begini...
No comments:
Post a Comment