pasanglah angan setinggi bintang dilangit
kita cuba berbicara soal impian, namun apakah yang kita fahami, apa yang ada pada sebuah impian?harapan atau kekecewaan!!! impian, bukan sekadar angan dalam sedar, impian sukar difahami, berat dirasai,namun sang pemilik impian tahu diri, dimana mimpi dan dimana realiti. kekadang impian bukan untuk dikecapi, kerana impian mungkin sekadar mimpi. namun, dalam berjuta impian, pasti ada yang hakiki, suatu yang bakal dikecapi, sering kali kita hajati, bukan sekadar mimpi tapi sebuah realiti yang hakiki.. indahnya sebuah impian kekadang menyakitkan, ada duri yang menusuk, ada kaca yang menikam, namun impian tetap impian, sepahit mana pun jua, sekelat mana pun rasanya, pasti akan kita telan jua...
impian kita beribu, mimpi kita berjuta, tapi kenyataannya???????
***impianku beribu namun hasratku cuma satu..
No comments:
Post a Comment