Wednesday, 26 December 2012

rindu seorang SAHABAT...

aku tidak keseorangan, aku punya teman, tapi kesedihan ini tetap bersarang bersama kenangan di masa silam..
bukannya aku pendiam, bukan pula aku perahsia, tidak juga aku penglipurlara, namun kesedihan ini tidak pernah kita kongsi bersama..

PERSOALAN : untuk apa kesedihan ini dikongsi, jika kau sendiri tidak pernah membebani?
=benar, mungkin aku yang lupa!!!

persahabatan kita suatu hiburan,,, kesedihan milik individu!! arghhhhh, itukah erti sebuah persahabatan yang aku harapkan? jauh tersimpang dari bayangan mimpi yang cuba aku lakarkan, namun mungkin kah kau belum memahami, erti sebuah mimpi dan realiti,,.. mungkin nasib hidupmu lebih bertuah dari diri ini, kau belum merasakan erti sebuah kehilangan..
>aku pernah kehilangan seorang sahabat suatu masa dahulu, kehilangan yang panjang dan tiada kesudahan...
kesedihanku tiada gunanya lagi digambarkan, kerana parut luka tidak mungkin terubat, pergimu tak kan kembali, walau seribu tahun cuba aku menanti,, hanya ketentuan ILAHI, yang bakal menemukan kita kembali, In Shaa Allah suatu masa nanti.. kita akan bersama lagi setelah aku menyambut seruan ILAHI..

No comments:

Post a Comment