>aku cuba untuk bahagia, aku cuba menjadi sempurna namun apalah daya, aku tetap aku, insan lemah yang tiada berguna buat sesiapa sahaja. aku tidak menyalahkan sesiapa namun maaf dipinta diatas salah dan silap yang sekalian lama, aku sedar akan diri ini tiadalah berguna, namun izinkan benih kasih disemai ditaman kita, agar suatu hari, harumanku terhidu jua...
mungkin sampai kini, cuma aku yang belum sedar, diri sendiri sememangnya dibenci, dicaci serta dimurkai, tapi mengapa masih lagi cinta dan kasih yang aku bajai?? masihkah ada kesempatan untuk aku menerima seulas kasih dari seorang insan yang digelar KAWAN sedangkan aku kian kelumpuhan...
aku tidak mengharapkan hadiah yang berharga, tidak pula pujian yang mengunung, apalagi perhatian yang beribu, namun izinkan aku merasa secebis cuma penghargaan darimu TEMAN, untuk aku simpan menjadi kenangan perkenalan kita...
TEMAN,,
titipkan sedikit waktu kau melihat siapa aku padamu, cuba kau kenangai apa yang pernah kita sama-sama lalui, namun, ingatkah pula kau akan kejian yang pernah kau hadiahkan pada diri ini??? teman, aku tidak mengharapkan simpati,sekadar meluahkan kebusukan hati yang kian berapi..kerna aku takut, andai suatu hari, kesabaran ini tiada lagi, dan hubungan ini, ternohtah bagai sebuah pementasan teater..
***ingat!! persahabatan bukan suatu lakonan!!!
No comments:
Post a Comment