Saturday, 29 December 2012

mencari cinta..

aku tiada kudrat untuk membina istana kaca, tidak pula aku berbakat mengarang puisi cinta, tidak jua aku mampu merenangi lautan india, namun yang ada cuma sebuah nilai cinta yang hadirnya buat pria yang aku cinta, yang pasti pria itu adalah "engkau"..
aku punya cinta, namun bukan milik bersama kerna cinta yang ada cuma didada, tidak aku mampu meluahkannya, aku tidak takut namun aku bimbang, cinta ini akan menukarkan perkenalan kita kepada permusuhan, kerna aku sayang, aku memilih untuk berdiam, kerana aku sayang, aku memilih untuk memendam, benar..cinta tak semestinya memiliki, cinta untuk dinikmati.. menikmati cinta tak seharusnya memiliki, melihat kebahagiaan si dia, sudah cukup membanggakan hati ini...
mungkin cinta ini belum cukup sempurna, namun aku percaya, suatu masa cinta ini akan ada kesudahannya..

"" mungkinkah kau kumiliki atau mencari insan yang benar menyintai diri ini""

mr.S,,,,

aku yakin, cinta ini pernah dihidu olehnya, namun cintakah dia? 
mungkin sama sekali tidak kerna sekiranya ada cinta antara kita, pasti telah lama ianya terungkap jua, akan tetapi itu cuma tekaanku semata, hasrat hatimu tetap terahsia jua, namun sampai bila???
soalan demi soalan aku titipkan, namun satu jawapan pun tiada balasan, kerna aku bukan perhatianmu, aku cuma teman dalam beribu, itulah aku padamu, sebatang lilin kecil ditengah lautan manusia...
mr.S,,,,
aku tiada daya untuk bersuara cinta namun aku ada doa yang berjuta..
In Shaa Allah...

Wednesday, 26 December 2012

siti aisyah a.k.a chah chicau..

suatu pengisian biasa yang aku sengaja titipkan buat sahabat akrab "chah chicau"..
perkenalan yang bermula dibulan mei 2009 merupakan detik yang manis untuk saya kenangi, sebab awak merupakan peminat mesteri yang mengganggu saya menerusi SMS.. saya pasti awak tak akan pernah lupa detik-detik itu, awak menguji kegedikan saya, dengan mengaku sebagai seorang lelaki  or secret admirer..
bunyi cam sengal sangat, tapi peristiwa itu yang membuatkan chah mengenal chik dan chicky mengenal chicau.. wakakakakaka...
chah seorang yang sangat manja walaupun secara ekstrinsitnya dia seorang yang agak sempoi dan bersahaja. bertuah sangat dapat kenal seorang sahabat macam siti aisyah ni.. oppppp, sape siti aisyah???? hihihihihihihi

banyak yang kami kongsikan bersama, tak kira detik bahagia or detik berduka, setiap kenangan yang telah sama-sama kami cipta pasti akan saya abadikan buat selamanya.. mengenalinya bagai suatu anugerah, dia adalah sahabat yang sebenar-benar.. dialah sahabat dunia akhirat, dia membimbing, dia menghibur, dia membantu dan dia adalah dia, bersahaja namun sentiasa ada... itulah dia,  chah chicau empunya nama..
segala suka duka kehidupan saya telah saya coretkan pada diari hati dia, dia tak pernah memberontak, memarahi namun dia sentiasa beralah dengan sikap degil dan nakal saya.. thank dear fren...
"maaf saya pinta, sebab kekadang saya lupa bahawa saya punya seorang sahabat istimewa seperti awak"

best fren forever..
chik chicky
vs
chah chicau

rindu seorang SAHABAT...

aku tidak keseorangan, aku punya teman, tapi kesedihan ini tetap bersarang bersama kenangan di masa silam..
bukannya aku pendiam, bukan pula aku perahsia, tidak juga aku penglipurlara, namun kesedihan ini tidak pernah kita kongsi bersama..

PERSOALAN : untuk apa kesedihan ini dikongsi, jika kau sendiri tidak pernah membebani?
=benar, mungkin aku yang lupa!!!

persahabatan kita suatu hiburan,,, kesedihan milik individu!! arghhhhh, itukah erti sebuah persahabatan yang aku harapkan? jauh tersimpang dari bayangan mimpi yang cuba aku lakarkan, namun mungkin kah kau belum memahami, erti sebuah mimpi dan realiti,,.. mungkin nasib hidupmu lebih bertuah dari diri ini, kau belum merasakan erti sebuah kehilangan..
>aku pernah kehilangan seorang sahabat suatu masa dahulu, kehilangan yang panjang dan tiada kesudahan...
kesedihanku tiada gunanya lagi digambarkan, kerana parut luka tidak mungkin terubat, pergimu tak kan kembali, walau seribu tahun cuba aku menanti,, hanya ketentuan ILAHI, yang bakal menemukan kita kembali, In Shaa Allah suatu masa nanti.. kita akan bersama lagi setelah aku menyambut seruan ILAHI..

tEMAN, kAWAN, sAHABAT

luahan yang membusuk dihati..
>aku cuba untuk bahagia, aku cuba menjadi sempurna namun apalah daya, aku tetap aku, insan lemah yang tiada berguna buat sesiapa sahaja. aku tidak menyalahkan sesiapa namun maaf dipinta diatas salah dan silap yang sekalian lama, aku sedar akan diri ini tiadalah berguna, namun izinkan benih kasih disemai ditaman kita, agar suatu hari, harumanku terhidu jua...
mungkin sampai kini, cuma aku yang belum sedar, diri sendiri sememangnya dibenci, dicaci serta dimurkai, tapi mengapa masih lagi cinta dan kasih yang aku bajai?? masihkah ada kesempatan untuk aku menerima seulas kasih dari seorang insan yang digelar KAWAN sedangkan aku kian kelumpuhan...
aku tidak mengharapkan hadiah yang berharga, tidak pula pujian yang mengunung, apalagi perhatian yang beribu, namun izinkan aku merasa secebis cuma penghargaan darimu TEMAN, untuk aku simpan menjadi kenangan perkenalan kita...
TEMAN,,
titipkan sedikit waktu kau melihat siapa aku padamu, cuba kau kenangai apa yang pernah kita sama-sama lalui, namun, ingatkah pula kau akan kejian yang pernah kau hadiahkan pada diri ini??? teman, aku tidak mengharapkan simpati,sekadar meluahkan kebusukan hati yang kian berapi..kerna aku takut, andai suatu hari, kesabaran ini tiada lagi, dan hubungan ini, ternohtah bagai sebuah pementasan teater..
***ingat!! persahabatan bukan suatu lakonan!!!

Friday, 21 December 2012

muhasabah sejenak..

berdirinya aku bukanlah mengangkat dedaun yang keguguran, bukan pula berharap pohon usang kian kelayuan, namun berdirinya aku, berharap pohon tua itu tetap gah memayungi bumi, yang kian hari terik dipanah suria.. apakah kehancuran akan berlaku, dikala manusia sibuk mengejar kemewahan dunia, subhanAllah,, hentikan keangkuhanmu wahai manusia, buanglah keegoanmu, hapuskan prejudis, lenyapkan  segala kemungkaran, pupuklah keinsafan,, wahai saudara seagamaku, bangkitlah menyebarkan dakwah, sebelum kehancuran menamatkan jihad yang kian berbaki...

Wednesday, 19 December 2012

sedetik aku membencimu..

bahagia yang kau sangka, derita yang kurasa!!
itukah yang dari dulu kita impikan? itukah yang sekian lama kita cuba pertahankan?
kau atau aku yang kejam bukan menjadi persoalannya sekarang, kerana yang kejam tetap aku dimatamu..
aku akui kesilapan diri sendiri, namun tidakkah kau cuba mengerti, tentang soal hati dan benci, kau terlalu daif dengan perasaan sendiri, sehingga cinta itu kelihatan kabur..
mengapa tidak kita tak saling mengenali dari dulu???????mengapa baru sekarang!!! 

Saturday, 15 December 2012

sepasang sayap kecil..

untuk apa kesempurnaan buat insan yang pernah dikecewakan?
aku tidak menafikan cinta yang bakal mengundang, tapi aku tidak berdaya memikirkan sebuah kesempurnaan..  cinta yang dikirimkan sudah memadai untuk disimpan, namun kekangan tak jua putus mengundang.. aku bukanlah seorang pahlawan yang berani menegak sebuah keadilan, aku cuma sepasang sayap yang fungsinya untuk terbang, tidak mampu berenang menyeberangi lautan.. itulah aku, cuma sepasang sayap kecil di lautan luas terbentang, didalamnya tersimpan sejuta keajaiban..
kesedihan ini bukan takdir yang menentukan, kepahitan ini bukan sendirinya mengundang, namun silapku menuju jalan jahanam!yang akhirnya membawa aku seribu penderitaan..
namun, cintakah pula yang cuba aku salahkan? arghhhhhhh, salah itu tetap aku..
DULU, KINI dan SELAMANYA.....

Wednesday, 12 December 2012

12.12.12_eX-tunang...

alhamdulillah ya Allah..
pepisahan ini akhirnya mengundang kebahagiaan, ketenangan yang belum pernah aku rasakan, senyuman ikhlas yang belum pernah aku ukirkan, kini, segalanya mampu aku suarakan..
kesedihanku kian berbaki, senyumanku bersilih ganti, terima kasih buatmu tunangku, kerana memberiku seribu erti.. meskipun ikatan telah terlerai, meskipun janji kian tertanam, meskipun sayang kian luntur, namun dirimu tetap disini, dihatiku kau sayup menemani.. 
hari ini, keikhlasan itu sekali lagi dapat aku rasakan, meskipun ikatan pertunangan telah kita leraikan..
***syah pernah menjadi yang terbaik dalam hidup na, terima kasih syah!!

EX-TUNANG DALAM INGATAN

aku tetap AKU...

NANA DREAMING A.K.A CHIK CHICKY
siapa kita, bukan itu yang menjadi permasalahannya namun yang perlu kita jaga, siapa kita pada semua..
jangan mengharap sesuatu yang belum pasti, jangan menilai sesuatu yang belum kita kenali, luaran mungkin bersahaja begini, namun hati yang sepi tak siapa ketahui..
perkenal diri 
" aku seperti juga yang lain, punya hati, impian, mimpi dan realiti. namun yang membezakan manusia cuma caranya, acuan apa yang kita guna..
aku mungkin kelihatan gagah, namun tangisan kekalahan tetap bertandang, aku mungkin kelihatan riang, namun kekecewaan tak jemu datang..
namun senyuman menutupi semuanya,
aku kini bergirang tawa, menyembunyi luka, agar hati senantiasa bersorak gembira.. aku berusaha menjadi yang teristimewa, namun aku percaya, aku bukanlah siapa-siapa, yang mampu mengembirakan hati semua, kerna aku tetap adalah aku!! seorang wanita lemah yang asyik berpura-pura, mengaku gagah sedang hati gundah...
 AKU TETAP AKU..

Monday, 10 December 2012

aku pendusta???

sekali lagi aku berbicara soal cinta, tentang sebuah cinta yang dusta, tentang sengsara dan derita, tentang jiwa yang terluka, daifnya manusia dalam cinta, kerna cinta kita hilang segalanya, nilai persahabatan kita campak ke lautan, talian persaudaraan kita tepis ke pergunungan, inikah cinta yang diagungkan???
kejamnya manusia dalam menghayati cinta, benar aku pernah terluka, benar aku pernah sengsara, namun cinta tiada salahnya, yang salah cuma manusia, manusia gagal mengawal cinta.. manusia lupa, cinta hanya sebuah perasaan yang tiada salahnya, namun salahnya manusia membiarkan cinta meghayutkan segalanya, manusia sentiasa tewas dengan perasaan sendiri, manusia sentiasa leka dengan permainan cinta, namun manusia yang memulakannya, tapi manusia pula yang peroleh sengsara..
mampukah kita menyalahkan cinta?jika kita yang nyata menjadi hamba cinta tanpa paksa!!

aku pernah bahagia, namun akhirnya aku derita, aku pernah bercinta, namun kini aku sengsara!!!
aku tidak menyalahkan cinta, kerna yang nyata cinta tiada salahnya, yang salah cuma kita, kita tewas dalam permainan cinta, yang kita sendiri cipta... itulah kisah kita, asyik kita mencipta permainan sedemikian rupa, namun tidak pula kita mampu mengharunginya..
kini, cinta itu mengena sasarannya, aku menjadi pendusta, aku curang dalam cinta, aku mengotori cinta, aku pembohong yang kau kata!! sakitnya, hati kau tidak aku pedulikan kerna dimata kau aku tetap pendusta, pemain cinta yang durjana, pemain cinta yang berpura-pura, seorang pelakon pentas teater, itulah aku dimata engkau!!!
kerna kau lupa, siapa aku sebenarnya..
wanita hina yang kehausan cinta, sanggup mengorbankan hati dan jiwa buat insan yang benar-benar cinta, yang pasti, itu adalah engkau!!!

kesedihanINI..

pertemuan yang sementara mampu mengundang derita yang lama, mungkin pertemuan itu juga membuat kita jatuh cinta, namun pertemuan antara kita, sangatlah luar biasa kerna kau, aku dan dia... apa yang kita percaya soal cinta, jika yang nyata cinta tak berbuah jua, apa pula yang kita harapkan pada cinta, jika yang nyata cinta tak pernah bersua, yakinkah ada cinta, sekiranya kita sentiasa leka, leka dengan duniawi semata, tanpa kita peduli kasih pada yang ESA.. masakan enak kuah yang tak bergaram, masakah hangat cinta yang terlarang!!!
kita sentiasa mengharap yang teristimewa,namun cinta tak selamanya bahagia, kerna manusia kekadang lupa untuk menjaga hati sesama kita.. itulah manusia dalam menilai cinta!!! percayakah kita akan cinta? percayakah kita akan dusta? itulah persiapan kita dalam cinta, mengakui cinta, sedang hati berdusta!!! mengapa cinta perlu dikhianati, mengapa sengsara yang mengakhiri, pernah kah kau sedar akan derita dihati ini???
aku cuba melenyapkan kesedihan, namun kekosongan mendatang...
jelas, aku menusia biasa dalam menilai sebuah cinta, tapi mengapa aku senantiasa dikhianat cinta????

AIR MATA CINTA


Wednesday, 5 December 2012

kematianINI..

tangan bersuara deras,
arus tetap menjamah tubuh,
bersama sebuah harapan, impian dan angan,
namun kelemasan ini terhenti  setelah berpaut pada dahan kontang yang usang.
pautanku kian longgar,
deras arus kian meratah,
jasadku dihujung tanduk,
Rohku memaksa keluar..
aku kini aku jasad..