tanpa ungkapan indah,
tanpa bunga bahasa,
tanpa panah bicara,
aku menyusun kata,
mengharap semoga kau membaca..
warkah disusun seindah bicara,
semoga kau tidak terasa,
andai ada terkasar bicara,
ampun dan maaf saya pinta..
doa dipanjat pendahuluan kata,
moga sembuh luka didada,
resah jiwa masih terasa,
tersalah denganmu jejaka pujangga,
kesal dihati terkunjung tiba,
mengingati akan sejarah lama..
kupandang kanan ku pandang kiri,
langkah diatur kian menyepi,
kini mulut terkunci mati,
untuk menyatakan hasrat dihati...
cinta adalah suatu anugerah.. namun manusia punya cara untuk menilai cinta,, pada saya, cinta tetap cinta, cuma sekadar sebuah perasaan cuma tapi kerana cinta manusia menjadi alpa dan sebagainya, oleh itu, fahami cinta.. kerana cinta mampu merubah manusia.. ingat, segalanya bermula dari sebuah perasaan biasa yang digelar CINTA!!!
Monday, 29 October 2012
tugasan HKN203..
SEPI TANPA IBU....
jemariku lemah kian lesu,
jasadmu longlai menjamah bumi,
panah matamu berbau duka,
bila ajalmu menjemput tiba,
fikirmu akan si dara jelita,
apakah nasibnya dimasa tiba,
setelah 9 bulan hidup bersama,
dua hati satu jiwa,
si kerdil ditinggalkan sendirian,
tanpa susuan dari ibunya,
tanpa belaian dari ubunnya,
tanpa kucupan didahinya,
syahid si ibu telah tiba,
dirinya kini tak lagi bernyawa,
doa dipanjat buat si anak,
moga dilimpahi dengan rahmat.
***komen dari lectre: MASIH PROSAIK
MARKAH: 6/10..
jemariku lemah kian lesu,
jasadmu longlai menjamah bumi,
panah matamu berbau duka,
bila ajalmu menjemput tiba,
fikirmu akan si dara jelita,
apakah nasibnya dimasa tiba,
setelah 9 bulan hidup bersama,
dua hati satu jiwa,
si kerdil ditinggalkan sendirian,
tanpa susuan dari ibunya,
tanpa belaian dari ubunnya,
tanpa kucupan didahinya,
syahid si ibu telah tiba,
dirinya kini tak lagi bernyawa,
doa dipanjat buat si anak,
moga dilimpahi dengan rahmat.
***komen dari lectre: MASIH PROSAIK
MARKAH: 6/10..
Wednesday, 24 October 2012
HAPPY BIRTHDAY21
hari ini ulang tahun kelahiranku yang ke21.. banyak yang kuharapkan, banyak yang ku dambakan, namun aku redho atas ketentuan, aku sedar diri!siapa aku hari ini.. mungkin aku belum matang untuk mengungkap kata-kata pujian padaMU tuhan, aku seharusnya mengerti akan semua ini, memahami apa yang telah pasti, memahami hidup yang dalam realiti dan bukan lagi mimpi!! husna,,,, sedar lah dari lamunan, bangkitlah untuk berjuang, mempertahankan kesucian, mempertaruhkan harapan!!!
- aku mengharapkan suatu keajaiban, namun mimpi yang mengundang, aku mengharapkan dia datang, namun pedih yang menghalang.. siapalah aku untuk meminta?siapalah aku dimatanya?
- YA ALLAH, kuatkan hati untuk menerima, kuatkan minda untuk bertanya, kuatkan akal untuk mentafsirnya, kerna kaki ini telah lama, berdiri di bawah pecahan kaca...
- teman seperjuangan semua, terima kasih atas utusan doa, moga kebahagiaan akan datang tiba, berkat doa teman semua..
TERIMA KASIH SAHABAT...
,!?..!,..?
aku cuba untuk bersuara,
aku cuba untuk bercerita,
aku cuba untuk bahagia,
namun aku tetap derita!!!
kenapa derita didepan mata?
bahagia pula tak kunjung tiba!
apakah erti,apakah makna?
jika ada hanya sengsara!!!!
adakah cinta mengundang bahagia?
setelah cinta hilang dimata,
adakah derita kehilangan cinta?
setelah cinta tiada harganya...
***mood berpuisi menggunakan simbol, yang baru aku kuliah minggu ini...

adakah kau lupa??
salam ingatan yang kunjung tiba,
menghentikan degupan di dada,
apakah cinta ini masih ada,
sedang aku pengemis cinta...
apakah erti salam ingatan,
jika sekadar menghenti lamunan,
hadirnya salam berbuah kerinduan,
rindu yang datang tanpa balasan...
mungkin niatmu ikhlas perkatakan,
namun aku yang kelemasan,
meredah lautan yang bergelombang,
terhenti aku diketepian...
hadirnya wardah maaf dipinta,
jika semuanya mengundang kecewa,
namun hati jua merasa,
baki cinta yang masih bersisa...
***kau yang pertama, namun kau lupa siapa kita!! terima kasih atas ingatan, namun hadirnya tidak pada masa, tetap mengundang duka.
selamat hari lahir..
ya ALLAH, kuatkan lah aku utk harungi smua ni, tolong aku! aku xkuat utk bersuara, apa lg ak sdh hlng kata2, aku tak lg bisa menutur kata,.. setiap bait kataku entah apa2,.. kuatkan aku,,, ak xcukup kuat sekarang!!!! bukan masanya untuk aku terus menangis dan menangis.. aku bnci air mata ni.. aku benci tangisan ni..
Thursday, 18 October 2012
hujahan cinta..
kekadang kita lupa, sejarah awal cinta kita, kekadang kita alpa, siapa kita? itulah manusia, sentiasa alpa dan sentiasa lupa, namun, sesekali cinta sudah tiada di depan mata, barulah memori mengingati semuanya, apakah cinta?siapakah dia?dan apakah nilai cinta kita? luluskah kita dalam cinta? atau gagalkah kita? grednya bukan guru yang berikan, tetapi doktor, dr,cinta....
mungkin ada yang boleh kita kongsikan bersama, tentang sebuah kisah cinta, yang bermula antara dua hati satu jiwa, cinta tak mungkin hadir sekelip mata, tapi bait cinta mungkin ada pada pertemuan pertama, cinta pertama adalah yang teristimewa, tapi tak semua mampu merasainya, mungkin anda pernah bercinta, mungkin anda pernah jua kecewa, mungkin anda tak pernah bahagia, tapi anda tetap menginginkan cinta! itulah kita, manusia yang tidak pernah serik akan cinta, mungkin kita cuba memendam cinta, namun sampai bila? kerna satu masa pasti ia terungkap jua..
namun ada pula cinta yang mengundang derita, derita buat insan yang ketagih cinta, kerna cinta hidup dikorbankan bersama, kerna cinta maruah hilang harganya, kerna cinta manusia makin alpa, lupa akan penciptaNYA, namun salahkah cinta?sedang kita yang alpa! cinta, indah maknanya, tersirat sejuta makna, penuh kasih sayang nan berbunga, kerna cinta anugerah yang luar biasa.. namun, kita yang mengotori cinta, kita yang merubah makna sebuah cinta, kita yang mencalari kisah cinta, segalanya silap kita belaka, kerna kita hanya manusia biasa, yang sentiasa tewas dengan hasutan syaitan durjana..
ada lainnya pula dengan cinta, ada cinta yang sekadar berpura2, ada cinta yang sekadar suka2, ada cinta yang sekadar indah dimata, itulah cinta! keindahannya dicalari dusta oleh manusia, cinta buat mereka sekadar boneka yang tak bernyawa, namun, siapakah yang merasa tersiksa?siapa pula yang berduka? pasti saja kita! kita yang merasa hiba dalam kegagalan cinta, namun tanpa kita sedar kita yang memulakan semuanya, itulah bodoh manusia, mereka berniat mencuba, tetapi mereka lupa akan kesannya..

cinta..
kelamnya cinta ini kini,
terbitnya satu nafas bestari,
namun tetap selamanya begini,
cinta kita telah diakhiri,
akhirnya cinta kerana satu janji,
janji yang telah aku mungkiri,
maafkan aku diatas semua ini,
moga satu hari nanti,
cinta kita berputik lagi!!!
kiranya cinta berbuah kembali,
akanku rawat,akanku tapi,
agar cinta tak lagi pergi,
bersama realiti dan mimpi...
andai cinta milikku lagi,
akanku semat didalam hati,
akanku tanam ku pagar kubajai,
agar cinta utuh bersemi,
bersama hati yang kian menyintai...
Wednesday, 17 October 2012
mimpiREALITI
apakah realitiku dibuai mimpi?
mana hilangnya realiti hidup ini?
tak mungkin selamanya aku begini,
tewas dalam bayang2 sendiri,
aku cuba mencari pasti,
namun hati kian menyakiti,
sampai bila harus aku begini?
mencari dan bertemu bayangan sendiri..
aku mengharap suatu mimpi,
namun mimpi ngeri yang mengeruni,
mendatang dan terus menemani,
hati ini yang kian sepi..
apakah selamanya aku diulik mimpi ngeri,
membuat aku takut akan bayanganku sendiri,
membuatkan aku takut untuk bersuara lagi,
mengungkap janji dan madah cinta bersemi...
hakiki / sejati...
padamu hawa,
cinta sejati sukar untuk ditemui,
apa lagi untuk dimiliki,
namun kini kita punya cara tersendiri,
menemui, mencari dan merasai,
sebuah cinta hakiki yang digelar cinta sejati...
cinta yang hakiki hanya milik ILAHI,
namun ada lagi cinta yang masih dicari,
cinta duniawi pada insan bergelar lelaki,
cinta hakiki selamanya milik ILAHI,
namun cinta sejati??? milik siapakah nanti???
wujudkah sebuah cinta sejati?
dalam duniawi yang penuh dusta ini?
jawapannya:
cinta tetap ada dimana saja,
cuma cinta hak milik DUA jiwa..
Monday, 15 October 2012
kemana arah itu??
dalam samar malam aku meneruskan pelayaran,
mencari bayangan yang terang namun makin menghilang,
bayangannya kian tidak kelihatan,
namun aku masih terkapai2 sendirian,
mengharap bayangan itu kembali pulang,
mendakap mesra sayu malam,
menjamah mesra kerdipan bintang..
sungguh tidak aku duga,
kelamnya bayanganmu bukan seketika cuma,
tapi pergimu untuk selamanya,
kini,pada akar cinta kita,
kian hilang tunjang tujunya?
apakah masih ada harapan bersama?
meski aku sering mengundang kau kecewa!!

balasan kata2
mungkin ruangan ini sahaja yang akan menghubungkan kita,
mungkin coretan kita yang akan mengeratkan hubungan saudara,
mungkin luahan engkau akan membuatkan aku bertenaga,
atau mungkin segalanya mungkin cuma!!
pelbagai kemungkinan telah aku cipta antara kita ber2,
namun segalanya bagai mimpi cuma,
antara kita seakan tiada lagi keserasian bersama,
kerana cinta telah hilang serinya sekian lama..
lafas syukur aku panjatkan kepadaNYA,
tanpa penawar lukamu sembuh begitu sahaja,
sesungguhnya aku percaya, mungkin satu masa,
lukaku akan terubat jua..
namun kau lebih bertuah antara kita,
kerna lukamu kini terubat jua,
walau tanpa penawar yang tiba,
sungguh pun aku masih terluka..
teman,
ungkapan maaf sekali lagi aku pinta,
diatas kekasaranku di post yang lama,
mungkin kita tak mungkin bersama,
tapi pintaku 1 cuma,
biarlah blog ini milik bersama,
walau cinta bukan lagi milik ber2.....

balasan kata1
BALASAN 15JAM LALU..
aku seakan hilang kata2 untuk menulis bicara yang berjuta,
namun kudratku tetap diteguhkan untuk tatapan bersama,
mungkin ini jalan cinta kita,
kau meninggalkan aku kerana perasaan benci dan kecewa,
sedang aku menjauhimu kerana bimbang kau akan sengsara...
aku sedar, hati mu selembut kapas dalam perihal kemanusiaan,
namun egomu yang membatas membuatkan aku ragu dalam pertimbangan,
aku cuba menguntum bicara secantik jambakan bunga,
namun tangan yang terluka tercalari luka lama,
ingat teman,
perasaan sakit itu!! sama saja antara kita,
jika kau merasa kecewa,
sedang aku berduka,
dukaku bukan kerna hubungan kita,
tapi dukaku mengingati dirimu yang tak lagi menyinta..
aku seakan memeluk pohon puaka yang tak bernyawa,
aku seakan menghirup wap air diudara,
aku seolah mencium haruman bunga yang telah mati,
siapakah aku kini? beginilah aku setelah kehilanganmu...
ikhlas dari hati, harapan untuk bersamamu masih ada,
namun aku cuba sedar dari mimpi,
agar aku tidak lagi sakit,dalam permainanku sendiri,
cukuplah sampai disini,
jika hatimu sudah membenci,
meskipun ungkapan maf yang dihantar beribu kali,
kita masih jua tetap begini...
Sunday, 14 October 2012
sEsI jAwAb s0kLaN
semalam ak berbicara pada diri, bkn pedusta bk pemungkir, tp lahir dari hati yg bukan sekejam binatang, ak punyai perasaan, hati. tatkala menjadi pemungkir kerna punyai perasaan, perasaan sedih, kesian n other. begitu jua ak meninggalmu, kerna ak punyai perasaan kecewa n benci.
tetapi jika kau mahu ak patuh pada jnji yg kau pinta. aku blh tunaikan, milikkan kesian pada diri terhapus kerna kau sendiri yg pinta. mulai saat ini, ak xkan mendalami hidup kau lg, xkan mencuba lg, kerna janji yg kau pinta ak tunaikan. sekian terima kasih kerna sudi bagi peluang untuk ak berceloteh disini. TAMAT LAH CERITA AK N HOBI AK UNTUK MEMBACA DISINI
madah 2week ago - cinta mudah dicari bagi mengubat luka di hati.... sekian lama ak sakit tanpa luka, skrg ak terubat tanpa penawar. kerna ak tahu ak hanya manusia biasa. tapi jodoh allah terletak pada allah. jadi ak x blh nk bgtaw siapa diriku n siapa milikku. jadi ape yg diludah sudah2 dcari lari lg, kerna kering terbitan mentari. anggap la skrg anduan hidup kerna pengalaman mengajar kita. semoga jejaka akan datang xkan kau ulangi ape yg terjadi pda diriku lg, bukan budi yg dipinta, bukan wang yg dimohon, tetapi akan sayang saudara islam kecewa lg cinta akan dtg nnt. semoga allah mencucuri rahmat dan keberkatan hidup.
HARGAI DIA KETIKA MASIH ADA, MOGA X MENYESAL SEPERTI DULU KALA.
Assalamualaikum

memungkiri janji..
masihkah kau ingat akan janji kita? lupakah kau akan semuanya?
pintamu kita tak lagi bersama, ucapmu kita tak lagi kenalan cuma..
tapi kini, untuk apa kau memungkiri janji? terus menerus menghimpit perasaan ini?
aku cuba untuk melupakan tapi kau seakan semakin menghampiri, adilkah kau?
mana perginya janji yang dulu, kau yang mula memungkiri janji, tapi tetap aku yang dipersalahkan...
sekadar mengingati:
disaat ulang tahun kelahiranmu yang lalu, kau meminta padaku, mohon agar aku tak lagi mengganggu hidupmu.. namun, ingatkah kau? disaat aku benar2 cuba melupakan, kau menghulur salam persahabatan, namun, setelah kau merasa siksa dengan hubungan persahabatan antara kita, kau menuduh aku yang berdusta, sedang kau lupa, kau yang memungkiri janji sejak dari mula... adilkah kau? dan kini sekali lagi tercipta, disaat kita tak lagi mengenali sesama sendiri, untuk apa salam cinta menerusi bloggerku ini? cuba kau tanya pada diri, siapa yang memungkiri janji, sedang aku yang selalu kau marahi!!!
luahan ini, bukanlah mengungkit segala janji, sekadar meluahkan rasa dihati, meskipun kau tidak mengerti, hati ini tetap menyayangi, dirimu walau dalam sepi....
Friday, 12 October 2012
betapa kecewanya..
*mencari panganti bkn nya mudah* *tetapi mengubat bisa di ludah* *yang dilempar2 x sudah2* *semoga menjadi sifat dan madah*
MADAH YANG DITERIMA 2HARI YANG LALU!!
tidak pula aku mengerti kata2 mu buat kali ini, namun yang aku pasti, adakah kau cuba memberontak hati? salahkah bicaraku yang lalu, silapkah pertuturanku? tanya pada diri, pasti tiada jawapan yang kutemui, namun bila berbicara dengan hati, aku seakan mengerti apa yang kau pendami...
mungkin kau tidak menyangka aku bertindak sedemikian rupa, namun kenyataannya tetap serupa, aku telah menemui "dia" dalam comment mu yang manja belaka.. masih salahkah aku dalam menduga, sebuah nilai cinta yang sudah tiada nilainya? sedang hati masih menyebut cinta, sedang mata masih mengalir airnya..
mungkin cinta buatmu perkara biasa, namun hati ini tak usahlah kau duga, sakit dan pedihnya tak siapa dapat menyangka kerna aku rela kau gelarku sang pendusta! mungkin padamu aku dusta dalam cinta, kerana hatimu sendiri yang tidak mampu merasa, suatu nilai rasa cinta dilubuh hati kau, namun segalanya tetap salahku belaka! itulah caramu, itulah tingkahmu, adilkah kau dalam cinta kita, jika segalanya aku jua yang berdusta!!!

Sunday, 7 October 2012
melihat wall FB mu..
aku sendiri makin tidak mengerti akan perjuangan cinta dalam hidup ini, kekadang apa yang diperjuangkan tidak mendatangkan kesan, sebaliknya sebuah perjuangan menjadi sia-sia dan tidak bermakna. untuk apa sebuah perjuangan jika sekadar tidak mendatangkan kesan dan sekadar kekecewaan? mungkin hati cuba untuk tabah namun jurang derita yang dalam tidak mungkin berjaya dapat aku tahan..
salahkah caraku membiarkan dahan yang bercerai dengan daunnya? khilafkah aku dalam menyelesaikan gemelut cinta kita? mungkin cuma perasaan aku saja, dan kau mungkin sahaja telah berbahagia, bersama dia yang baru kau cinta.
sakit jelas terasa dibenak hati ini,namun siapa yang harus disalahkan? kau atau aku? pasti sahaja aku yang bersalah!! aku alpa, aku lupa, aku mungkir janji kita! sakitku bukan kerana dilukaimu tetapi silapku kerana tega menyakitkan diri sendiri.. mungkin begini caraku, senantiasa menyeksa jiwa biarpun telah lama menjerit derita..
bodohnya aku, udahku tahu dia bukan lagi milik peribadiku, untuk apa pula laman muka bukunya aku check it?arghhhhhhh... sakitnya hati, mengapa begitu mudah cintamu bersilih ganti? geram nya aku pada diri, bukan kerana dia sudah berpengganti tetapi kerana diriku yang seakan bodoh tuli!! pekak kah aku dalam menilai ungkapan perpisahan kami,, bodoh! mengapa lagi perlu aku melukai hati sendiri, seharusnya aku sedar diri, dia tidak lagi milik peribadi, bahkan dia sudah menjauh pergi, dan apa yang tetap pasti, KITA TIDAK LAGI MENGENALI SESAMA SENDIRI!!!

Saturday, 6 October 2012
kan ku ukir indah namamu..
kenangan cinta bersama dia menjadi kenangan yang terindah buat diriku meskipun kita tak lagi bersatu, namun kan ku ukir indah nama diruang terindah disudut hati ini..
Friday, 5 October 2012
lumrah hidup..
kadang2 hidup sungguh unik dan akan lagi pelik bila kita di kuasai dgn perasaan. begitu jua dgn diriku yg kian utuh di di timpa masalah yg melibatkan perasaan. perasaan yang melibatkan.........
pesanan yang aku terima diruangan draf pada 65minit yang lalu!!
seolah ada yang ingin disampaikan,
seakan ada yang cuba diceritakan,
sedetik hati tetap merasakan,
suatu persolan yang tanpa jawapan,
mencari kebenaran dalam kekeliruan,
siapakah gerangan,
tak pula muncul dalam ingatan!!
apakah ada makna yang cuba disampaikan?
apakah kau cuba untuk meluahkan?
adakah benar kehidupanmu kian berantakan?
kerna satu hal yang datangnya dari "perasaan"...
sekadar sebaris dua pengkongsian,
cuba aku untuk menyatakan,
masalah yang datang adalah ujian,
ujian ketahanan daripada tuhan,
ingatlah wahai teman,
jangan kau salahkan perasaan,
kerana perasaan anugerah terindah buat kita sekian insan..

pengantimu..
aku percaya cinta tak mungkin hadir sekelip mata kerna cinta bukanlah sekadar suka semata tapi cinta, besar skopnya. namun apa yang pasti, cinta ku sukar untuk didatangi namun sekali cinta telah berputik dihati, entahkan apa lagi yang hendak diragui, kerna semuanya akan indah berseri. apa yang hendak dikongsikan hari ini, cuma suatu perasaan cinta yang bersemi dihati, sekadar mengingati sejarah cinta yang tidak lagi berpenghuni.
masih segar dibenak ingatanku ini, memori cinta pertama yang pernah ku rasai, namun setelah cintanya berlalu pergi, hanya TUHAN yang memahami derita rindu ini. ada yang mengatakan,perasaan kecewa akan ada ubatnya, namun teman pernah berbicara, kecewa bisa diubati, bila diri telah berpenganti.. aku cuba bercinta lagi, aku cuba sekali lagi, mengharap cinta yang datang untuk kesekian kali, namun yang pasti, kecewaku tetap begini..
apakah formulaku yang salah?apakah hati aku yang terlalu keras?atau mungkin juga hanya dia yang kucinta selamanya? ohhhh tidak..
setelah kehilangan "dia", aku seakan layang-layang yang terputus talian, terus bertebangan mengikut rentak angin yang berkumandang. aku masih ingat, setelah cintaku bernoktah, aku pergi membawa diri, menanti suatu cinta yang datang lagi, niatku suci, berharap diri dapat menyintai lagi. namun, suratan bukan seperti yang terancang. niatku mati,hatiku tetap beku bersemi.
maafkan aku ***********, bukan niat aku untuk melukai hatimu, aku tidak pernah curang dalam cinta yang kamu beri, tapi cuma hati yang belum mampu memberi, sebuah cinta yang hakiki. cintaku seakan telah mati, rentak cinta baru yang berpengganti seakan alunan kicauan burung di hari sepi. cintaku tak mungkin berpaling lagi kerna bayangan "dia" sahaja yang mekar dihati.
kini aku sedar, mencari pengantimu bukanlah cara hidupku, kerana sukarnya cinta yang mari, begitulah jua untuk cinta ku kau bawa pergi. benar, sukarnya untuk aku menyintai, begitu sulit jualah hati untuk melepaskan dikau pergi.. kini, 3tahun lamanya aku begini, masih ternanti pengantimu dihati ini..
tanpa aku duka, tahun ke4 penantian ini, terasa posisimu seakan diisi, namun yang menyayukan hati, cintaku ini untuk temanmu..(syah)

cinta pertama(RIDNA)
CINTA PERTAMA!!!
apa yang ada pada cinta pertama jika hati yang nyata tidak lagi bersama?
apa yang harus dipercaya jika hati yang cinta dianggap dusta?
apa lagi yang harus dikata jika hati yang luhur tetap terluka?
kisah kami mungkin biasa cuma tapi pedihnya masih terasa, perjalanan cinta yang kami lalui bersama sungguh indah buat tatapan bersama.. kisah bermula di tingkatan satu, ketika kami masih sama-sama merombak ambik mencari perjalanan sebuah cinta yang luar biasa. pengenalan biasa telah berubah cinta, masih aku ingat, perkenalan yang makin akrab ketika mencecah usia kami 15tahun.. mungkin tika ini kami masih hingusan untuk berbicara soal cinta, namun cinta anugerah terindah, cinta telah menghangatkan dunia kami, cinta telah merubah segalanya, membuat kami memahami, cinta yang hakiki dan cinta sampai mati!! itulah ungkapan cinta monyet antara kami..
06 mac 2006, tarikh keramat jalinan cinta antara kami.. masih segar rasanya setiap bait kiriman SMS yang diterima, "tengku dan na" adalah panggilan manja yang diberi, namun panggilan kini telah berubah lagi seiring perasaan cinta yang berapi dihati. jalinan cinta antara kami, tidak dapat disangkal lagi, teman-teman yang sudah mengetahui, apalagi guru yang turut memaki. banyak yang telah kami tempuhi bersama, banyak yang telah kami hayati berdua, indahnya cinta dirasakan bagai dunia hanya milik kami bersama.
negeri mana yang tidak ditimpa hujan? begitu jualah hubungan cinta antara kami, masih aku ingat, jalinan cinta yang terindah pernah kami calari dengan kecurangan. pedihnya hati tika itu, bagai tertusuk duri sembilu,apakah mungkin jalinan cinta terputus begitu? tidakkk, meskipun kecurangan pernah kami sama-sama hadiahkan, namun jalinan cinta tetap utuh ikatannya, tika itu hati kami masih mampu menerima kerana kami percaya, siapa yang bertahta dan siapa yang kami cinta.. ungkapan maaf dianggap biasa, namun itulah yang terakhir kalinya, kerna kami cuba untuk setia, menilai cinta yang makin terasa. bahagianya cinta hanya kami yang rasa, namun tiap kebahagiaan pasti berakhir pula dengan tangisan................
******************************
perpisahan kami bukan lagi perpisahan sementara, tetapi perpisahan yang selamanya,kini diri ini tidak lagi kau percaya, kerna pada kau aku insan yang tak mengenang jasa!! pelbagai tuduhan telah aku terima tika itu, mungkin kau lupa, siapakah dia!! ingin aku mengingati, namun sakitnya hati tak dapat aku bebani lagi.. mungkin blog ini akan mengungkapkan segalanya, menceritakan salah faham dalam ikatan cinta kita..
masih segar di ingatan, kejadian yang merobohkan tembok cinta yang telah kita bangunkan bersama. aku masih ingat, betapa marah kau tika melihat aku bersama f***. cemburu menghantuimu,mungkin kau lupa,siapakah dia.. sedangkan aku pernah berkata, hanya kau yang teristimewa meski pun dia telah ribuan kali cuba merompak hati ini. sekalipun tidak aku peduli,kerana cintaku kepadamu sampai mati, itulah janji cinta ini, yang telah kau tanam tanpa nisan. dengan melihat aku bersamanya dalam khalayak ramai, mudahnya hati kau tergoyang,kau memutuskan hubungan yang telah 3tahun kita bina bersama. mungkin bersenang hati setiap insan yang sekian lama menantikan detik perpisahan kita, namun kau lupa, hati aku yang terluka, dicalari debu cinta yang kau sendiri renjiskan.
sedikit penjelasan jua tidak kau pinta,katamu aku insan pendusta!!
adilkah kau dalam cinta jika hati ini yang sebenarnya terluka....
cahaya cinta..
suram menerpa kamar hati ini,
mengetuk kuat memecah dinding sepi,
hati mula berteriak lagi,
mengingati kisah cinta suci,
sucinya cinta cuma seketika,
kerna harumannya kian hilang jua..
kisah bermula antara dua hati satu jiwa,
cinta yang bernyala,
yang nyata terang bercahaya,
namun masa demi masa,
cahayanya kian kelam jua..
kelamnya cinta hanya fiziknya cuma,
hati yang berbunga tetap bercahaya...

cinta yang abadi..
suatu benih cinta tersemat di dada,
cinta bukanlah pada si dia,
tapi cinta kepada dunia,
akan keindahannya yang tak terhingga...
kekadang manusia bisa alpa,
alpa kepada tugasnya,
tugas kepada sang pencipta,
hanya satu kata, BERTAUBATLAH segera...
niat bukan menunjuk alim kepada saudara,
sekadar berkongsi rasa dijiwa,
ingat mengingati sesama manusia,
kelak tuntutan temetrai jua..
***copy dari fb sendiri kot...

Subscribe to:
Posts (Atom)